Tuesday, December 23, 2008

Syafaat Ahli Bait Nabi Muhammad s.a.w.

Oleh : Mohammad Taha Hj Hassan


بسم الله الرحمن الرحيم

قال الله تعالى :


﴿ قل لا أسئلكم عليه أجرا ﺇلا المودة فى القربى ومن يقترف حسنة نزد له فيها حسنا ﺇن الله غفور شكور ﴾


Terjemahan : "Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah tentang ajaran Islam Yang Aku sampaikan itu, (yang Aku minta) hanyalah kasih mesra (kamu terhadapku) disebabkan pertalian kerabat (yang menghubungkan daku Dengan kamu supaya Aku tidak disakiti)". Dan sesiapa Yang mengerjakan sesuatu perkara Yang baik, Kami tambahi kebaikan baginya (dengan menggandakan pahala) kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas Dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang Yang bersyukur kepadanya)." (As-Syura : 23)

Imam Fakhrurrazi menaqalkan di dalam kitabnya ((al-Kabir)) daripada imam Zamakhsyari di dalam kitab tafsirnya (( al-Kasyaf)), tafsiran pada ayat ;


﴿ يريدون ليطفئوا نور الله بأفواههم والله متم نوره ولو كره الكافرون ﴾


Terjemahan : "Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) Dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan Yang demikian)." (As-Saf : 8)


Riwayat hadith yang panjang, sebagai kesimpulan;**


1. Siapa yang mati dalam keadaan MENCINTAI ahli keluarga nabi Muhammad s.a.w, maka matinya adalah SYAHID.

2. Ketahuilah bahawa, siapa yang mati dalam keadaan MENCINTAI ahli keluarga nabi Muhammad s.a.w, maka DOSANYA DIAMPUNKAN.

3. Ketahuilah bahawa, siapa yang mati dalam keadaan MENCINTAI ahli keluarga nabi Muhammad s.a.w, maka matinya dalam keadaan BERTAUBAT.

4. Ketahuilah bahawa, siapa yang mati dalam MENCINTAI ahli keluarga nabi Muhammad s.a.w, maka matinya dalam keadaan BERIMAN serta SEMPURNA IMANNYA.

5. Ketahuilah bahawa, siapa yang mati dalam keadaan MENCINTAI ahli keluarga nabi Muhammad s.a.w, maka matinya nanti DIKHABARKAN SYURGA OLEH MALAIKAT MAUT.

6. Ketahuilah bahawa, siapa yang mati dalam keadaan MENCINTAI ahli keluarga nabi Muhammad s.a.w, maka BELIAU DIARAK KE SYURGA SEPERTI PENGANTIN DIARAK KE RUMAH PASANGANNYA.

7. Ketahuilah bahawa, siapa yang mati dalam keadaan MENCINTAI ahli keluarga nabi Muhammad s.a.w, maka DIBUKA UNTUKNYA DI DALAM KUBUR 2 PINTU UNTUK KE SYURGA.

8. Ketahuilah bahawa, siapa yang mati dalam keadaan MENCINTAI ahli keluarga nabi Muhammad s.a.w, maka matinya dalam keadaan BERPEGANG KEPADA AHLI SUNNAH WAL JAMA'AH.

9. Ketahuilah bahawa, siapa yang mati dalam keadaan DIBENCI oleh ahli keluarga nabi Muhammad s.a.w, maka DIA AKAN DATANG PADA HARI KIAMAT DALAM KEADAAN KEDUA MATANYA DITULIS SEBAGAI ORANG YANG TERPUTUS DARIPADA RAHMAT ALLAH SWT.

10. Ketahuilah bahawa, siapa yang mati dalam keadaan DIBENCI oleh ahli keluarga nabi Muhammad s.a.w, maka MATINYA DALAM KEADAAN KAFIR.

11. Ketahuilah bahawa, siapa yang mati dalam keadaan DIBENCI oleh ahli keluarga nabi Muhammad s.a.w, maka DIA TIDAK AKAN MENCIUM WANGIAN SYURGA.


** Sila rujuk : Disebutkan oleh imam al-Qurtubi di dalam tafsirnya (16/23).




0 ulasan: