Thursday, November 5, 2009

:: Dr. Asri menempelak keturunan 'Sayyid'/'Syed' - Keturunan nabi Muhammad saw ::




Mungkin dalam ceramahnya ini, beliau tidak sedar yang beliau juga sedang menghina Raja Perlis Tuanku SYED Sirajuddin SYED Putra Jamalullail, keluarga dan keturunannya. Raja yang pernah sewaktu ketika dahulu memberikan kepercayaan sepenuhnya untuk menjawat jawatan sebagai mufti di negerinya. Kalau keturunan nabi Muhammad s.a.w yang mulia pun beliau berani menghina, apatah lagi manusia biasa seperti ulama dan orang awam yang lain. Mungkin terlalu kurang nilai untuk berhadapan dengannya. Semoga Allah s.w.t memberkati keluarga nabi Muhammad s.a.w dan keturunannya khusus mereka yang mendiami di bumi Malaysia. Itulah rahmat untuk penduduk Malaysia kerana kehadiran mereka.

Wallahu A'lam.

:: Sanggahan terhadap: "Tauliah, isu lapuk diwarisi penjajah oleh Mufti Perlis" ::

Mukaddimah

Untuk entri kali ini, merujuk kepada arkib laman web online Utusan Malaysia pada 03/11/2009, mufti Perlis Dr. Juanda Jaya berpendapat bahawa pemberian tauliah untuk mengajar agama adalah isu lapuk yang diwarisi sejak zaman penjajah. Perkara ini bertentangan dengan peruntukan Enakmen Jenayah Dalam Syarak Negeri Perlis 1991. Seharusnya beliau perlu merujuk terlebih dahulu enakmen yang ada sebelum mengeluarkan pandangan yang membelakangi undang-undang yang telah disepakati oleh majlis raja-raja. Perkara ini bukanlah perkara baru, tetapi enakmen ini telah ditetapkan sebelum kehadiran Dr. Asri sebagai mufti Perlis pada 1 November 2006 (secara pinjaman).

Sila layari: http://ms.wikipedia.org/wiki/Mohd_Asri_Zainul_Abidin

Begitu juga, enakmen ini diputuskan sewaktu beliau (Dr. Asri) masih lagi belajar di Jordan. Sila lihat tarikh yang tercatat di sijilnya, (22/1/1995).

Sila layari: http://2.bp.blogspot.com/_8bofOCqZIMc/SvG_tcD9KkI/AAAAAAAABMU/cC2exJaZ7HY/s1600-h/sijil_drmaza+1.jpg

atau

http://al-hanief.blogspot.com/2009/11/sijil-dr-asri-abdul-talibtulen-atau.html


Penjelasan

Keterangan Dr. Juanda Jaya seperti yang terkandung di dalam arkib online akhbar Utusan Malaysia;

DALAM NEGERI

ARKIB : 03/11/2009


Tauliah isu lapuk diwarisi penjajah - Mufti Perlis

KUALA LUMPUR 2 Nov. - Isu tauliah mengajar agama adalah isu lapuk yang diwarisi sejak zaman penjajah, kata Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya.

Menurutnya, ia peraturan yang bersifat dua mata yang boleh 'membunuh tuannya' jika disalahgunakan malah lebih parah jika digunakan pihak tertentu yang berselindung di sebalik kedudukan sebagai penemuduga atau penyemak kelayakan sebelum diberi tauliah.

Tambah beliau, mereka yang menapis pemberian tauliah perlu telus dari segi prosedur kerana mereka bertindak bagi pihak jabatan agama dan Ketua Agama Negeri berkenaan.

"Adakah benar wujud standard dalam proses pemberian tauliah sehingga mereka yang berkelulusan agama dari institusi tinggi Islam yang diiktiraf perlu ditapis dan diselidik?

"Adakah logik mereka yang lebih rendah kemahirannya menilai kelayakan orang yang lebih tinggi kemahirannya?" soalnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) semalam bertindak menahan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin ketika sedang menyampaikan ceramah di sebuah kediaman di sini dengan alasan Mohd. Asri menyampaikan kuliah tanpa tauliah.

Juanda berkata, pihak berkuasa tertinggi negara, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam (MKI) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengkaji semula pengurusan dan peranan agensi pelaksana urusan agama bagi pihak pemerintah dan Raja-Raja Melayu.

"Ia bagi memastikan pengamalan Islam di negara ini menepati kehendak al-Quran dan Hadis," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berasa kecewa dan melihat penahanan Mohd. Asri sebagai bersifat dendam peribadi pihak tertentu yang mahu mengaibkan pihak lain melalui permainan salah guna kuasa.

Jelasnya, usaha menyebarkan Islam dan memberi kefahaman Islam yang sahih menurut sumber asal daripada al-Quran dan al-Sunnah hendaklah disokong agar umat Islam terus maju dan keluar daripada kepompong 'taqlid' yang memudarkan Islam.

"Pihak berkuasa agama sewajarnya mengambil pendekatan nasihat dan dialog secara bersemuka dengan pihak yang tidak disenangi, bukannya menjadikan penggunaan kuasa sebagai cara yang pertama dan utama.

"Saya mencadangkan agar isu khilaf dibincang secara dialog terbuka di hadapan pihak berkuasa agama dan Ketua Agama Negeri agar wujud sikap saling menghormati antara satu sama lain supaya dapat dicari mana satu pandangan sahih dan sebaliknya," katanya.


Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1103&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_15.htm&arc=hive


Keterangan ini bercanggah dengan Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah Negeri Perlis seperti di bawah;

"KESALAHAN-KESALAHAN DI BAWAH ENAKMEN JENAYAH DALAM SYARAK 1991 NEGERI (Perlis)":-

Bilangan: 29 Seksyen: 33- Kesalahan: MENGAJAR AGAMA TANPA KEBENARAN:- Hukuman: Denda RM1,000 @ Penjara 6 bulan @ kedua-duanya

Bil: 30 Seksyen: 34*- MENGAJAR @ MENJALANKAN SESUATU ISTIADAT YANG BERTENTANGAN DENGAN HUKUM SYARAK YANG DIAMALKAN DI NEGERI PERLIS Hukuman: Denda RM5,000 @ Penjara 3 tahun @ kedua-duanya

* Boleh tangkap tanpa waran


Sumber: http://islam.perlis.gov.my/index_files/penguatkuasa.htm


Semoga Allah swt membantu yang HAK dan mengikis KEBATILAN.


Wallahu A'lam.

Wednesday, November 4, 2009

:: Takdib untuk bekas Mufti Perlis oleh JAKIM ::

Jakim pertahan tindakan terhadap Raja Petra

PUTRAJAYA 7 Sept. - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempertahankan tindakannya membuat laporan polis terhadap Raja Petra Kamaruddin berhubung artikelnya dalam blog Malaysia Today yang didakwa menghina Islam dan Rasulullah.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz berkata, laporan polis terhadap penulis blog itu amat perlu untuk membendung kegelisahan di kalangan orang Islam yang berasa tersinggung apabila kesucian agama mereka dihina.

Beliau berkata, dengan laporan polis itu, tidak bermakna Jakim tidak boleh berdialog dengan penulis blog itu bagi memperbetulkan akidah dan fahamannya.

"Kami mengambil langkah pentadbiran sesuai dengan kedudukan Jakim sebagai sebuah agensi Pusat untuk mencegah dan membendung kegelisahan di kalangan rakyat terutama orang Islam.

"Jadi saya menolak andaian sesetengah pihak kononnya langkah yang diambil oleh Jakim ini sebagai tidak tepat sebaliknya perlu berdialog dengan penulis blog tersebut,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas laporan Mingguan Malaysia hari ini yang memetik Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin sebagai berkata, tindakan empat agensi Islam termasuk Jakim membuat laporan polis terhadap Raja Petra adalah tidak tepat.

Mohd. Asri sebaliknya menegaskan, Jakim sepatutnya mengadakan sesi dialog dengan Raja Petra bagi memperbetulkan akidah dan fahamannya terhadap Islam sebagai langkah pertama bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Dalam hubungan ini, Wan Mohamad berkata, Jakim bersedia pada masa bila-bila masa untuk mengadakan sesi dialog dengan mana-mana pihak dan selama ini pihaknya memang sering mengadakan dialog seumpama itu.

Justeru, tegas beliau, Asri seharusnya merujuk terlebih dahulu kepada pihaknya berkaitan perkara tersebut dan tidak menyindir rakan-rakan sejawatan secara terbuka kerana ia satu langkah tidak beretika.

Beliau yang secara terbuka menegur mufti muda itu berkata, forum terbaik bagi Asri untuk menyampaikan kritikan adalah melalui Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan yang dianggotai mufti-mufti yang jauh lebih berpengalaman.


"Masalahnya beliau kerap tidak hadir dalam muzakarah tetapi beliau lebih senang menghadiri program yang lebih beliau sukai dan berorientasikan hizbiah (kepartian).

"Jadi sudah tiba masanya mufti tersebut ditakdib (diperadabkan), bimbang nanti dia terbelenggu dengan sifat ujub, rasa pandangannya hebat sehingga ada kecenderungan merendah-rendahkan orang lain,''
katanya.

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0908&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_14.htm

Tuesday, November 3, 2009

:: Nakhaie: Siapa Dr Asri hendak campur tangan soal audit YADIM? ::

BERITA

Selasa November 3, 2009

Oleh AU YEONG HOW

KUALA LUMPUR:Datuk Mohd Nakhaie Ahmad yang bersara dari jawatan Yang DiPertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)kelmarin (1 November), menyangkal segala dakwaan yang dilemparkan oleh bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin.

Antara dakwaan tersebut ialah kononnya Nakhaie memperalatkan YADIM untuk memungut harta, makan rasuah dan mengeluarkan kenyataan yang Dr Asri tidak diterima UMNO mahupun PAS.

Nakhaie juga turut dituduh menyalahgunakan jawatannya sebagai Yang DiPertua YADIM untuk melancong ke luar negara.

Ekoran itu, Nakhaie mendakwa, dua laporan telah dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Dan hasil siasatan SPRM setakat ini membuktikan Nakhaie bersih daripada tuduhan itu.

Nakhaie juga mendakwa Dr Asri telah memberikan bayangan seolah-olah beliau memperalatkan YADIM untuk meraih kekayaan.

Malah dakwanya, Dr Asri juga telah meminta Audit Negara menyiasat YADIM untuk memastikan sama ada terdapat penyelewengan wang.

"Bagi saya, Dr Asri tak perlu bagi arahan kepada Audit Negara (AN) kerana AN memang telah dan dipertanggungjawabkan untuk menyiasat perbelanjaan YADIM.

"Jangan campur tangan. Siapa beliau nak mengeluarkan arahan ini?" katanya pada sidang akhbar di kediamannya yang berhampiran dengan Markas PAS, Taman Melewar, Gombak semalam.

Nakhaie mendakwa YADIM telah diaudit pada awal tahun ini.

Isu 'YADIM perlu diaudit segera' menjadi panas apabila perkara ini dibangkitkan pada hari Sabtu lepas oleh Dr Asri pada sidang akhbar 'Memorandum Fitnah Peguam Syarie Malaysia (PGSM) kepada Yang di-Pertuan Agong'.

Memorandum itu, antara lain, membantah ura-ura pelantikan Dr Asri sebagai Yang DiPertua YADIM.

Menurut Nakhaie, Dr Asri adalah nama yang disebut-sebut untuk menggantikan tempat beliau untuk jawatan Yang DiPertua YADIM.

Mohd Nakhaie juga menafikan sekeras-kerasnya bahawa beliau terlibat dalam sebarang penghantaran memorandum untuk membantah pelantikan Dr Asri sebagai Yang DiPertua YADIM.

Ditanya mengenai punca-punca dia mengesyaki dirinya menjadi sasaran fitnah itu, jelas Mohd Nakhaie: "Sebab dia menyebut individu terbabit dari segi umur, perkaitannya dengan YADIM dan tiada kaitan dengan agensi-agensi lain. Maka, jelas dia tujukan tuduhan itu kepada saya.

"Permintaannya terhadap Audit Negara agar siasat YADIM dan bukan agensi lain. Ini bermakna tuduhan penyelewengan itu ditujukan kepada saya," jelas Mohd Nakhaie.

Sehubungan itu, Mohd Nakhaie mencabar Dr Asri agar menamakannya sebagai orang yang makan rasuah.

"Terus-terang saja, sebut nama saya makan rasuah. Kalau tidak, dia jadi pembohong...dia tak mahu orang bohong, tapi dia bohong,"
katanya.

Mohd Nakhaie kesal hal-hal sedemikian dipaparkan dalam suratkhabar dan ini mempamerkan konflik antara orang-orang agama sekali gus menjadi satu paparan tidak baik kepada masyarakat.

Mengenai dakwaan bahawa beliau berkata Dr Asri tidak ditolak Umno dan Pas, Mohd Nakhaie mempersoalkan bila beliau berbuat demikian kerana tiada sebab atau ruang untuknya berbuat demikian.

Ketika menjawab isu penahanan Dr Asri yang didakwa kerana sabotaj JAIS, Nakhaie berkata, "Walaupun dia bekas Mufti tapi dia perlu ada tauliah untuk memberikan ceramah agama.

"Di Perlis mungkin dia tak perlu ada tauliah tapi di Selangor, ianya perlu," kata Nakhaie.

Nakahie juga memberitahu yang dia telah menjadi Yang DiPertua YADIM selama 4 penggal sejak 10 tahun lalu. Kalau ikut kontrak, dia sepatutnya bersara pada April 2012.

"Sebab apa saya tak pasti kenapa kontrak saya dipendekkan. Mungkin kerana saya dah tua," jelas Nakhaie yang berusia 67 tahun.

Sumber: http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/11/3/mstar_berita/20091102172926&sec=mstar_berita

:: MEMORANDUM BANTAHAN TERHADAP PELANTIKAN DR. MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN SEBAGAI YDP YADIM ::

Memorandum Kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj

Bertarikh 12 Oktober 2009.

Diserahkan oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)

Memorandum bagi pihak majoriti umat Islam Malaysia ini dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj supaya menarik balik pelantikan Dr Mohd Asri Zainal Abidin (Dr Asri) sebagai Yang Di Pertua YADIM.

Alasan Memorandum ini ialah antara lainnya :-

1. NGO-NGO Islam arus perdana yang terlibat dengan Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) kelolaan YADIM sentiasa bekerjasama di dalam menegakkan dakwah Islamiyah di Malaysia. Hanya beberapa NGO kecil sahaja yang dapat menerima idea bahtera perubahan yang cuba dibawa oleh Dr Asri yang seringkali tidak seiring pandangannya dengan sebahagian besar ulamak dan NGO-NGO Islam arus perdana. Kerajaan sepatutnya menghormati kerjasama MAIM di bawah naungan YADIM yang telah dirasmikan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong. Pelantikan Dr. Asri hanya akan memutuskan tali silaturrahim yang terjalin dan MAIM akan pincang sekiranya Dr Asri menerajui YADIM.

2. Dr Asri yang terpengaruh dengan pandangan dan pendekatan ulamak tertentu juga seringkalibertentangan pandangan dengan para ulamak dan Mufti-Mufti negeri lain. Dalam berhadapan dengan perbezaan pendapat ini, Dr Asri telah mengambil pendekatan berkonfrantasi secara terbuka tanpa menitik beratkan soal adab dan kemaslahatan umat Islam keseluruhannya. Semasa menjawat jawatan Mufti Kerajaan Negeri Perlis beliau kerapkali membelakangkan pandangan Jawatankuasa Mufti peringkat Kebangsaan dan sentiasa lari dari berdialog secara tertutup dan beradab, sebaliknya mencari populariti di media. Keadaan ini akan menyukarkan YADIM dan MAIM untuk bergerak sekiranya tiada hubungan erat dengan Mufti-Mufti.

3. Dr Asri mendakwa dirinya dan pengikut-pengikutnya sebagai ahlu-sunnah tetapi mereka menolak dan tidak mengiktiraf kebanyakan ulamak dan umat Islam lain yang di luar dari lingkungan pengikutnya. Beliau juga tidak mengkitiraf iktikad ahli sunnah wal jamaah dari mazhab-mazhab fiqh seperti Mazhab Shafie, Hanafi, Maliki dan Hanbali bahkan dalam keadaan tertentu menolak hadith yang diriwayat oleh Imam Bukhari.

4. Pendekatan Dr Asri dan para pengikutnya telah mencetuskan berbagai perbalahan di kalangan umat Islam apabila mengkritik berbagai amalan umat Islam di Malaysia kononnya ia tidak mengikut sunnah seperti amalan membaca Yaa Sin pada malam Juma’at, amalan bertalqin, tahlil, doa selamat, seolat hajat, wirid selepas solat. Beliau juga mencerca para ulamak besar seperti Imam Nawawi dan Imam Ghazali yang tidak perlu disebut kehebatan dan keilmuan mereka. Bahkan akibat dan malapetaka yang bakal timbul dari pendekatannya ini amatlah besar sebagaimana yang sedang berlaku di beberapa buah negara Islam. Malapetaka ini sewajarnya dibendung dan bukan disemarakkan lagi.

5. Akibat dari pendekatan ekstrem Dr.Asri dan pengikutnya ini kebanyakan Majlis Agama IslamNegeri-negeri telah menyekat kegiatan pengajian yang dijalankan oleh mereka. Malah beberapa guru agama dan penceramah yang sealiran dengan mereka sedang menghadapi pertuduhan di mahkamah Syariah kerana mengajar tanpa tauliah. Antaranya Dr. Abdullah Yasin yang menghadapi beberapa kes di negeri Selangor.

6. Dr Asri hingga kini mempertikaikan undang-undang jenayah Syariah negara serta mentafsirkannya tidak mengikut peruntukan undang-undang dan hukum syarak yang diterima para Ulamak dan masyarakat Islam. Dengan melantik seorang yang berpandangan dan pendekatan seperti ini, ia akan melenyapkan keyakinan dan kepercayaan umat Islam bukan sahaja kepada YADIM malah kepada kerajaan keseluruhannya atas kegagalan memelihara ajaran dan amalan Islam yang dipegang selama ini.

7. Pendekatan ekstrem Dr.Asri telah mengundang pelbagai akibat dan keresahan di kalangan umatIslam di seluruh Negara khususnya di negeri Perlis. Imam-imam di Perlis yang tidak mendokong aliran Dr Asri telah diketepikan malah baru-baru ini mereka telah ditukarkan atas alasan yang sama (beritaberita sebegini telah tersiar di dalam akhbar-akhbar utama negara). Cercaan beliau dan pengikutnya kepada amalan solat hajat kononnya ia satu bentuk maksiat dalam masjid telah mengundang perbalahandan beberapa kejadian pergaduhan.

8. Sebagai seorang yang terlalu muda serta gagal menghayati budaya adab sopan umat Islam dimalaysia, Dr Asri lebih banyak mengundang kontroversi dan merupakan seorang yang keras, elstrem serta tidak dapat menerima teguran, pandangan dan kritikan orang lain. Majlis-Majlis Agama Islam Negeri-negeri lain selain Perlis, Tokoh-tokoh agama arus perdana termasuk semua para Mufti Negerinegeri (kecuali Perlis) serta tokoh-tokoh seperti Prof.Datuk Dr.Ismail Ibrahim, Tan Sri Syeikh Ghazali Abd Rahman bekas Ketua Pengarah JKSM, Dato’ Hashim b.Yahya bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Nooh Gadot dan ramai lagi amat tidak senang dengan pendekatan dan pendirian sebegini.

9. Penolakkan oleh sebahagian besar tokoh agama dan umat Islam terhadap pemikiran danpendekatan beliau dalam amalan agama adalah kelemahan besar Dr.Asri dan amat tidak sesuai untuk menerajui sebuah agensi dakwah yang ditunjangi oleh Kerajaan Malaysia. Peribadi yang lebih berhemah dan memahami manhaj dan metodologi dakwah di Malaysia adalah lebih wajar menerajui YADIM. Terdapat ramai lagi tokoh lain yang tidak kontroversi yang datang dari golongan Muslim arus perdana yang boleh dilantik menerajui YADIM dan diterima oleh masyarakat Islam arus perdana.

10. Dr Asri bukan sahaja ditolak oleh majoriti penyokong UMNO, malah beliau juga tidak disenangi oleh penyokong PAS yang merupakan 2 parti umat Islam terbesar. Hanya segelintir dari masyarakat Islam yang berpendirian ekstrem dalam hal furu’ atau perkara cabang yang gembira dengan pemikiran dan pendekatan beliau. Kami bimbang Kerajaan Persekutuan akan disisihkan oleh umat Islam dalam kegiatan keagamaan dan amalan keagamaan yang seragam dan telah sebati di seluruh Negara tidak lagi menjadi arus perdana di masa akan datang, manakala Pihak Berkuasa Agama Negeri mengambil pendekatan berbeza dari Kerajaan Persekutuan.

Diserahkan oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)

Ditandatangani oleh:

Mohamad Isa bin Abd RalipPresiden PGSMBertarikh 12 Oktober, 2009

Badan-Badan Bukan Kerajaan Yang Menyokong Memorandum ini –

1. Persatuan Pegawai-Pegawai Syariah Malaysia

2. Yayasan Sofa Negeri Sembilan

3. Yayasan Jenderami

4. Pertubuhan Muafakat Masyarakat Sejahtera (MUAFAKAT)

5. Persatuan Peguam Syarie Malysia

6. Persatuan Peguam Muslim Malaysia

7. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

8. Persatuan Alumni Kolej Islam (ALKIS)

9. Jemaah Islah malaysia (JIM)

10. Persatuan Ulamak Malaysia

11. Yayasan Paksi Kedah

12. Persatuan Ulamak Kedah

13. Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)


Sumber: http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/11/1/mstar_berita/20091031235819&sec=mstar_berita (akhbar mstar online)

:: Respon/Kenyataan Media PGSM-NGOs terhadap kenyataan akhbar Dr. Asri ::

Kenyataan Media

Respons NGO-NGO Islam Terhadap Sidang Akhbar Dr. Asri Berhubung Memorandum Bantahan Perlantikan Beliau Sebagai Yang Di Pertua YADIM


Ahad, 1 November 2009


____________________________________________________________________

Kami, mewakili NGO-NGO Islam yang telah dikaitkan oleh Dr.Asri dalam sidang akhbar yang diadakan olehnya semalam (31 Oktober 2009) ingin membuat penjelasan-penjelasan berikut :-



* Kami melahirkan rasa KEKESALAN kami di atas tindakan Dr. Asri memperbesar-besarkan dan mencari publisiti terhadap suatu perkara yang merupakan hak serta budibicara mutlak YDPA dan Kerajaan, yang mana menurut undang-undang, perlantikan YDP YADIM adalah kuasa YDPA dan Kerajaan.



* Kami TEGASKAN bahawa adalah suatu sikap yang MENGECEWAKAN untuk beliau memperbesar-besarkan isu ini dan mengheret masyarakat umum ke dalam persoalan ini, sedangkan ia adalah isu dalaman pentadbiran agama negara kita, yang sepatutnya diselesaikan secara perbincangan tertutup dan berhikmah. Oleh itu, kami tidak berniat dan tidak berhasrat untuk membincangkan isu ini secara terbuka.



* Kami turut merasa MUSYKIL dengan beberapa dakwaan beliau dalam sidang akhbar beliau termasuk dakwaannya yang ‘menolak’ tawaran perlantikan sebagai Yang Di Pertua YADIM sedangkan belum ada apa-apa pengumuman rasmi daripada pihak yang berkuasa dalam hal tersebut.



* Kami mengakui memang kami telah mengambil langkah tegas untuk menyampaikan bantahan kami terhadap ura-ura perlantikan beliau sebagai YDP YADIM atas sebab-sebab maslahah ummah (kepentingan seluruh umat Islam) di Malaysia.



* Dalam pengetahuan kami, di kalangan pihak berkuasa agama, tokoh-tokoh agama, pertubuhan-pertubuhan arus perdana sudah sekian lama tidak bersetuju dan tidak berpuashati dengan pendekatan Dr. Asri yang banyak menimbulkan keraguan dan polemik yang merugikan seperti dalam isu pencegahan khalwat oleh Pihak Berkuasa Agama, isu penggunaan kalimah Allah, isu amalan-amalan furu’ yang dikatakan bidaah di kalangan umat Islam dan lain-lain.



* Merujuk kepada permintaan Dr. Asri agar kami mengemukan bukti tentang kenyataan kami, kami BERSEDIA pada bila-bila masa untuk bersemuka dan berbincang dengan beliau SECARA PERIBADI, kerana kami berpendirian bahawa isu ini adalah isu dalaman dan tidak wajar dibahaskan atau disensasikan secara terbuka. Tindakan beliau ini sekali lagi menggambarkan bahawa beliau adalah seorang yang tidak berhemah, tidak berhikmah, sekaligus menggambarkan beliau tidak sesuai memegang jawatan sebagai YDP YADIM atau jawatan-jawatan yang seumpamanya.



* Tindakan kami menghantar memorandum kepada YDPA Agong adalah atas niat baik supaya kesepaduan umat Islam di Malaysia atas pegangan ahli sunnah wal jamaah TIDAK dirobek dan dimusnahkan oleh pendekatan yang tidak mengikut arus perdana. Kami tidak mahu suasana kacau bilau dalam amalan beragama berlaku di Malaysia.



Kami NGO-NGO Islam telah pun mengemukakan pandangan kami kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan kami menyerahkan kepada Ke Bawah Duli untuk mempertimbangkan pandangan jujur dan ikhlas kami tersebut.





Ditandatangani oleh :



……………t.t..………………….

MOHAMAD ISA BIN ABD RALIP

Presiden

Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)



Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang menyokong Kenyataan Media/Respon ini :-



1. Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM)
2. Pertubuhan Muafakat Sejahtera (MUAFAKAT)
3. Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajat Islam Malaysia (PKPIM)
4. Yayasan Sofa Negeri Sembilan
5. Yayasan Jenderami
6. Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM)
7. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
8. Persatuan Alumni Kolej Islam (ALKIS)
9. Persatuan Ulamak Malaysia (PUM)
10. Jemaah Islah Malaysia (JIM)
11. Yayasan Paksi Kedah
12. Persatuan Ulamak Kedah
13. Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)
14. Persatuan Ulamak Wilayah Persekutuan
15. Institut Pengajian Tradisional Islam
16. Khalifah Institut.


Sumber: http://peguamsyarie.org/?p=1249 (Persatuan Peguam Syarie Malaysia)

Tuesday, October 6, 2009

:: Kenali Ulama : Said al-A’llamah Ja’afar bin Ismail al-Barzanji ::

Nama:

Ja’afar bin Ismail bin Zainul Abidin bin Muhammad al-Hadi bin Zainul Abidin bin Hasan bin Abdul Karim bin Muhammad bin Rasul al-Barzanji al-Musawi al-Husaini, berterusan nasab keturunannya hingga kepada Said Ismail bin Musa al-Kazim bin Ja’afar al-Sadiq bin Muhammad al-Baqir bin Ali Zainul Abidin bin al-Husain bin Ali bin Abi Talib r.a.

Beliau merupakan daripada salasilah keturunan nabi Muhammad s.a.w yang mulia.

Begitulah nasab mereka seperti yang terdapat di dalam kitab-kitab ‘al-Ansab’ (kitab yang menyenaraikan tentang rangkaian nasab keturunan).

Asal:

Al-Barzanji adalah nama yang disandarkan kepada sebuah kampung yang dikenali sebagai al-Barzanjah, yang terletak di kampung Shahrazour, salah sebuah tempat dari negeri al-Kurdi. Di mana kawasan ini telah didirikan oleh datuknya Said Isa bin Ali bin Yusuf al-Musawi, seperti yang disebut di dalam kitab ‘al-Kaukib al-Anwar’.

Seperti yang dimaklum, al-Barzanjah kini terletak di kawasan negara Iraq.

Kelahiran:

Said Ja’afar dilahirkan di kampung ini pada tahun 1250 H bersamaan 1834 M, selepas ayahnya bermusafir dari kota Madinah al-Munawwarah dan terus menetap di kawasan tersebut lebih dari 40 tahun. Dalam tempoh menetap di kota tersebut, beliau kembali semula ke Madinah pada tahun 1271 H bersamaan 1854 M dan terus dilantik menjadi mufti berteraskan mazhab imam Syafie. Jawatan tersebut sempat dipertanggungjawabkan oleh ayahnya. Dan sebelum kewafatan ayahnya, beliau menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada anaknya, Said Ja’afar al-Barzanji.

Pendidikan:

Sepanjang hidupnya, beliau dididik dan banyak mempelajari ilmu agama daripada ayahnya sendiri. Di samping itu juga, beliau melanjutkan pengajiannya di Jami’e al-Azhar, Mesir. Setelah tamat mengaji di al-Azhar, beliau pulang ke Madinah semula. Di Madinah, beliau mengambil kesempatan untuk mempelajari ilmu daripada beberapa orang masyaikh yang hebat dan diakui ketelusan mereka seperti Syeikh Muhammad al-Gharib, Syaikh Abdul Kadir an-Nablusi dan Syeikh Isa al-Balqini.

Dalam pada yang sama, Said Ja’afar al-Barzanji juga seorang yang mahir di dalam menutur bahasa arab, Farsi, Turki dan Kurdi.


Perlantikan:

Antara perlantikan beliau adalah;

1. Dilantik menjadi mufti as-Syafiyyah pada tahun 1277 H atau 1278 H (1860 atau 1861 M).

2. Dilantik menjadi qadi San’a, Yaman selama 5 tahun dan berakhir pada tahun 1302 H bersamaan 1884 M.

3. Dilantik menjadi qadi di negeri Siwas, Turki dari tahun 1307 H hingga 1309 H bersamaan 1889 M hingga 1891 M.

4. Setelah itu, beliau pulang ke Madinah dan dilantik sebagai mufti dan tenaga pengajar di sana hingga pada tahun 1317 H bersamaan 1899 M.


Antara karangan beliau:

1. شرح الكوكب الأنور على عقد الجوهر في مولد النبي الأزهر (Beliau mensyarahkan kitab al-Kaukib al-Anwar). Sebagai tambahan, beliau bukanlah pengarang kepada kitab Maulid Barzanji ini, tetapi beliau hanya mensyarahkan sahaja. Pengarang asal ialah Said Ja’afar bin Hassan bin Abdul Karim al-Barzanji, susur jalur daripada keturunan datuk beliau).

2. نزهة الناظرين في تاريخ مسجد سيد الأولين والآخرين (Kitab ini telah dicatat oleh A’mmar as-Sultan Abdul Majid bin Mahmud al-Uthmani).

3. الروض الأعطر في مناقب السيد جعفر

4. تاج الإبتهاج على النور الوهاج في الإسراء والمعراج شرح لقصة الأسراء (Beliau mensyarahkan kitab yang ditulis oleh datuknya Said Zainul Abidin bin Muhammad al-Mahdi al-Barzanji).

5. الشجرة الأترجية في سلالة السادة البرزنجية

مصابيح الغرر على جالية الكدر وهو شرح المنظومة المشهورة في أسماء أهل بدر.6.


7. شواهد الغفران على جالي الأحزان في فضائل رمضان (Karangan oleh datuknya al-Imam al-A’llamah Said Muhammad bin Rasul al-Barzanji).


Wafat:


Beliau wafat dalam umur 67 tahun di kota Madinah al-Munawwarah pada tahun 1317 H bersamaan 1899 M. Semoga Allah s.w.t. mencucuri rahmat ke atas ruh baginda nabi Muhammad s.a.w dan ke atas ahli keluarganya dengan aroma semerbak selawat dan salam. ~ Amin ~

Wallahu A’lam.



Rujukan:

1. A’lam Min Ardi an-Nubuwwah, Anis Kutbi.

2. Al-A’lam Li Khairi Ad-Din, Az-Zirakli.

3. Hilyat al-Basyar Fi Tarikh al-Qarn al-Thalith A’syr, Abdul Razak al-Bitar.

4. Al-Kaukib al-Anwar, Said Ja’afar al-Barzanji.

5. Tarajim Lis Sadah al-Barzanjiah Mulhaqah Bi Risalah Asna al-Matalib, Said Ahmad Zaini Dahlan.



Gambar 1: Said Al-A'llamah Ja'afar bin Ismail bin Zainal Abidin al-Husaini al-Barzanji as-Syafie al-Madani bersama catatannya نزهة الناظرين في تاريخ مسجد سيد الأولين والآخرين.



Gambar 2: Said Al-A'llamah Ja'afar bin Ismail bin Zainal Abidin al-Husaini al-Barzanji as-Syafie al-Madani berdoa dalam satu majlis yang berlangsung di Madinah al-Munawwarah bersama orang ramai.



Gambar 3: Said Al-A'llamah Ja'afar bin Ismail bin Zainal Abidin al-Husaini al-Barzanji as-Syafie al-Madani bersama catatannya ketika dilantik menjadi qadi di Yaman.

Saturday, October 3, 2009

:: Bahagian 2 : Masalah Ciuman ::

Pada entri yang lepas, kita telah membincangkan permasalahan mengenai ciuman sekitar di kalangan sesama manusia sahaja. Di mana penghujahan dalil yang kita bawa semuanya adalah thabit (ada ketetapan) daripada sunnah nabi s.a.w yang mulia serta pandangan sebahagian ulama yang mengharuskannya. Sebagai kesimpulan, ciuman seseorang pada saudaranya samada di muka, tangan, dahi, pipi, kedua lutut, kaki dan berpelukan hukumnya adalah sunnah. Kerana ia thabit dengan dalil-dalil yang diterangkan. Begitu juga, bagi seorang yang ingin mencium bahu saudaranya, maka ia juga diharuskan. Walaupun kita tidak menemui dalil yang jelas mengenainya, tapi di sebabkan atas dasar kasih sayang dan penghormatan, maka perbuatan tersebut diharuskan. Untuk entri kali ini, kita akan membincangkan satu topik yang sama tetapi berbeza keadaannya. Dalam perbincangan yang lepas, hukum keharusan bagi mencium sesama manusia itu ada dalil serta istinbatnya. Maka, kali ini satu lagi pendedahan yang akan kita kongsikan adalah berkaitan hukum keharusan untuk mencium dan menyentuh selain manusia bertujuan untuk memperolehi keberkatan daripada Allah s.w.t dengan dalil-dalil yang sahih dan athar para salafus soleh.


Perbincangan

1. Dalil: Mencium tempat-tempat yang mulia dan Mushaf.

i. Al-Allamah Muhammad Sulaiman al-Kurdi al-Madani di dalam fatwanya ‘Al-Ahadith As-Sahihah Wa Al-Athar Al-Sarihah’ menunjukkan ‘HARUS’ untuk mencium tempat-tempat yang mulia. Terdapat dalil bahawa sesungguhnya beberapa lelaki daripada kalangan sahabat r.a apabila mereka masuk ke masjid nabawi, mereka mengambil biji-biji delima di mimbar nabi s.a.w yang pernah dipegang oleh tangan baginda nabi s.a.w sendiri.

ii. Begitu juga, ulama al-Manasik (ulama yang membincangkan tentang hukum umrah dan haji) menjelaskan bahawa ‘SUNAT’ hukumnya ber’ISTILAM’ yakni menyentuh dengan tangan dan mencium pada ‘Rukun Yamani’ (salah satu sudut di bahagian ka’abah) yang tidak kedapatan padanya Hajar Aswad.

iii. Berkata imam al-Zarqani di dalam syarahnya: “Dinaqalkan dari ibn Abi as-Saif al-Yamani as-Syafie, harus hukumnya mencium Mushaf dan kubur orang-orang saleh.”

iv. Di dalam kitab ‘Khulasah al-Wafa’ oleh Said as-Samhudi yang berbunyi: Daripada Ismail at-Taimi berkata: “Sewaktu ibn Munkadir ditimpa penyakit ‘as-Sumat’ (sakit pada lidah hingga menyebabkan tidak boleh bercakap), maka beliau berdiri dan meletakkan pipinya di atas kubur nabi s.a.w. Di samping menahan penderitaan yang beliau hadapi.” Berkata Said as-Samhudi: “Sesungguhnya beliau memohon penyembuhan (kepada Allah secara bertawassul dengan nabi s.a.w) di kubur baginda yang mulia.”

v. Di dalam catatan imam Tahawi di dalam kitab ‘Hasyiah at-Tahawi A’la Muraqi al-Falah’ menyatakan: Adapun saidina Umar r.a mengambil Mushaf setiap pagi dan menciumnya. Begitu juga kepada saidina Uthman r.a, beliau mencium dan menyapu Mushaf di mukanya.

vi. Terdapat juga dalil yang menyatakan bahawa ibn Umar r.a meletakkan tangannya di atas kubur nabi s.a.w.

vii. Datang dengan sanad yang Jayyid (bagus): Sesungguhnya Bilal r.a ketika datang menziarahi kubur nabi s.a.w dari Syam, beliau menangis dan menggosokkan mukanya di atas kubur nabi s.a.w dengan kehadiran para sahabat r.a di sekelilingnya, tidak ada seorang pun dari kalangan mereka yang mengingkarinya. Begitu juga seperti yang dilakukan oleh Abu Ayyub al-Ansari ketika datang dari Rum.

viii. Berkata imam as-Sayuti: “Disunatkan mencium Mushaf, kerana I’krimah bin Abu Jahal r.a melakukannya. Ini kerana ia merupakan qias kepada mencium Hajar Aswad seperti yang disebutkan oleh sebahagian ulama. Kerana al-Quran itu adalah hadiah daripada Allah s.w.t, maka disyariatkan untuk menciumnya seperti disunatkan mencium tangan anak kecil.”


2. Dalil: Nabi mencium al-Mihjan dan Hajar Aswad.

i. Di dalam himpunan antara ‘Sahihaini’ (Sahih imam Bukhari dan imam Muslim) dan Musnad Abi Daud: Sesungguhnya nabi s.a.w memberi tunjuk (isyarat) ke arah Hajar Aswad dengan Mihjannya (tongkat yang berbengkok-bengkok) dan mencium Mihjannya. Maka mereka (sahabat r.a) melihat bagaimana nabi s.a.w mencium Mihjannya di samping keadaan baginda menunjukkan Mihjannya ke arah Hajar Aswad.

Hadith ini bermaksud bahawa perintah nabi s.a.w untuk mencium Hajar Aswad setelah baginda menciumnya.


ii. Di dalam kitab ‘Hasyiah al-Iqna’ karangan oleh Syeikh Mansur al-Bahuti al-Hanbali, berkata: “Adapun Ibrahim al-Harbi (sahabat imam Ahmad bin Hanbal) suka mencium bilik nabi s.a.w.”


3. Dalil: Ibn Abidin dan tirai di atas kubur.


i. Di akhir catatan (Hasyiah ibn Abidin: 6/323) oleh al-A’llamah ibn Abidin al-Hanafi yang berbunyi: “Meletakkan tirai (selimut), serban dan pakaian ke atas kubur orang-orang yang saleh dan para aulia, hukumnya adalah makruh seperti yang dinyatakan oleh Fuqaha (ahli Feqh).” Oleh yang demikian, beliau (ibn Abidin) memfatwakan di dalam hujahnya, makruh bagi hukum meletakkan tirai ke atas kubur.

ii. Berkata Syeikh Abdul Ghani bin Ismail an-Nablusi al-Hanafi: “Akan tetapi, kita sekarang berpendapat; (tidak mengapa) jika ia bertujuan untuk memberi penghormatan di mata orang awam sehingga tiada di kalangan mereka yang membenci tuan kepada empunya kubur ini, yang mana terletak di atasnya pakaian dan serban bertujuan untuk mendapatkan kekhusyukan dan adab bagi hati-hati pengunjung yang lalai. Dengan cara sedemikian, hati-hati mereka yang lalai tadi mendapat kesedaran ketika hadir menziarahi pusara mereka sewaktu beradab di hadapan wali-wali Allah yang ditanam di kubur tersebut - yakni sewaktu kehadiran ruh-ruh mereka di kubur masing-masing (bagi menjawab salam dan sebagainya). Maka ianya adalah perkara yang diharuskan, tidak sepatutnya melarang perkara tersebut. Kerana setiap amalan disertakan dengan niat, dan balasan setiap manusia sesuai apa yang diniatkan. Kerana sesungguhnya perselisihan sedemikian rupa berlaku sejak dari di kalangan salaf soleh lagi. Seperti yang dikatakan oleh fuqaha di dalam kitab Haji: “Sesungguhnya selepas tawaf Wida’, orang yang melakukan tawaf tadi mengundur diri secara ‘al-Qahqara’ (berjalan secara mengundur) sehingga keluar dari masjid kerana penghormatan pada Ka’abah.”

(Sila rujuk kitab Kasyf An-Nur A’n Ashab Al-Kubur).


4. Dalil: Mencium kubur nabi s.a.w.


i. Adapun bertabarruk dengan kesan-kesan peninggalan nabi s.a.w, maka hendaklah disebutkan (dizahirkan) dan tiada kesalahan (halangan)terhadapnya. Di dalam ‘Hasyiah al-Idoh’ oleh imam ibn Hajar al-Haitami, apa yang boleh diambil faedah bahawa al-I’zzu ibn Jama’ah membantah larangan yang dinyatakan oleh imam ibn Hajar al-Haitami tentang larangan mencium kubur nabi s.a.w. Beliau berpendapat mencium kubur nabi s.a.w dan menyentuhnya adalah tidak mengapa berdasarkan pandangan imam Ahmad bin Hanbal. Demikian, pandangan al-Muhib at-Tabari dan ibn Abi Saif terhadap keharusan mencium kubur nabi s.a.w dan menyentuhnya, begitu juga ke atas kubur ulama solihin.

ii. Dan berdasarkan kata imam as-Subki, bahawa ketiadaan toleransi terhadap kubur nabi s.a.w adalah bukan daripada ijmak (persepakatan) ulama ke atasnya. Kemudian beliau menyebutkan satu hadith tentang kisah kehadiran Marwan, kedapatan seorang lelaki yang bermulazamah (sentiasa) berada di kubur nabi s.a.w. Seperti yang terkandung di dalam hadith, bahawa lelaki yang disebutkan itu adalah Abu Ayyub al-Ansari r.a. Hadith ini dikeluarkan oleh imam Ahmad, Tabarani dan Nasa’i.


5. Dalil: Nabi s.a.w bertabarruk dengan bekas minuman kaum Muslimin.


i. Terdapat juga hadith yang diriwayatkan oleh imam al-Bukhari dan selainnya mengenai kisah baginda nabi s.a.w datang ke tempat bijana minuman saidina Abbas r.a untuk minum dari bekas tersebut. Maka saidina Abbas r.a menyuruh anaknya Abdullah untuk memberikan kepada nabi s.a.w air dari bekas yang lain yang diambil dari dalam rumahnya selain dari bekas yang diminum oleh sahabat r.a yang lain. Kerana saidina Abbas r.a tidak mahu bekas tersebut mengotori baginda s.a.w. Setelah itu, berkata saidina Abbas r.a: “Wahai Rasulullah, ini adalah bekas minuman yang telah disentuh oleh tangan-tangan orang, kami akan berikan air yang lain.” Nabi s.a.w menjawab: “Tidak, sebenarnya aku inginkan keberkatan kaum Muslimin dan sentuhan tangan-tangan mereka.” (Hadith imam Bukhari, bil:1635).

Jika Rasulullah s.a.w berkata sedemikian rupa, apa lagi dengan perkara yang lain? Maka setiapa orang Muslim itu ada NUR dan KEBERKATAN. Dan kita TIDAK BERIKTIKAD sama sekali bahawa yang boleh memberi ‘At-Ta’thir’ (kesan dan pengaruh) itu adalah selain Allah s.w.t.

Oleh yang demikian, tuntutan keberkatan orang-orang yang saleh adalah dengan mencari hasil peninggalan mereka. Tidak ada sesuatu pun yang boleh membawa kepada kesyirikan dan perkara-perkara yang diharamkan. Wahai orang-orang yang memiliki akal fikiran, semua orang mengetahui bahawa pelaku adalah Allah s.w.t.


6. Dalil: Bertabarruk dengan apa yang disentuh oleh tangan nabi s.a.w.


i. Di dalam kitab ‘Syifa’ karangan oleh al-Qadhi I’yad menyatakan bahawa: Kelihatan ibn Umar r.a meletakkan tangannya di atas tempat duduk Rasulullah s.a.w di mimbar baginda, kemudian meletakkannya pula ke mukanya yakni menyapukan tangannya ke muka beliau bertujuan untuk mengambil keberkatan dengan sentuhan jasad dan pakaian nabi s.a.w.

Berkata as-Syihab: “Hadith ini diriwayatkan oleh ibn Saad dan ia menunjukkan keharusan untuk bertabarruk dengan para nabi a.s dan orang saleh berkenaan dengan hasil peninggalan dan apa saja yang berkaitan dengan mereka. Selagi mana ia tidak membawa fitnah dan kerosakan aqidah.

ii. Berikut kita membawa dalil yang diriwayatkan dari saidina Umar r.a: Sesungguhnya beliau memotong pokok yang berlaku di bawahnya kisah perjanjian al-Bai’ah, ini disebabkan keadaan yang boleh mendatangkan fitnah terhadap masyarakat Islam (pada waktu itu) kerana pendekatan janji mereka dengan orang-orang jahiliyyah (menunjukkan bahawa penyelewengan berlaku pada waktu itu). Maka, secara hukumnya tiada kontradisi di antara keduanya (keharusan untuk bertabarruk dan fitnah, selagi mana tidak mendatangkan kerosakan aqidah).

“Tidak ada yang peduli (mengambil pengajaran) bagi orang yang mengingkari sepertinya (hukum bertabarruk) daripada kalangan orang yang jahil di zaman kita.”


7. Dalil: Imam Malik dan Madinah al-Munawwarah.


i. Dan untuk perbincangan masalah tabarruk dengan kesan peninggalan nabi s.a.w ini, adapun imam Malik tidak menunggang tunggangannya apabila menuju ke Madinah al-Munawwarah. Ini kerana beliau berharap agar dapat menyentuh jasadnya di tanah yang pernah dilalui oleh nabi s.a.w kerana teramat mengagungkan baginda nabi s.a.w. Seperti kata beliau: “Aku malu pada Allah s.w.t untuk aku bercampur tanah yang pernah dilalui Rasulullah s.a.w dengan tapak lubang binatang tunggangan.”


Kesimpulan

Untuk mengakhiri perbahasan tajuk ini, saya simpulkan pandangan saya seperti di bawah;

i. Berkata imam Nawawi: “Seharusnya bagi mereka yang sampai kepadanya sesuatu dari amalan fadhail a’mal -yakni Sunnah Nabawiyyah- baik secara adat mahupun ibadat, hendaklah melakukannya walaupun sekali dan hendaklah dijadikan sunnah tersebut sebahagian daripada keluarganya. Dan jangan sesekali meninggalkannya secara mutlak, bahkan datangkannya seperti yang dijelaskan oleh baginda nabi s.a.w di dalam hadithnya (riwayat yang disepakati): “Jika aku menyuruh kamu dengan sesuatu perkara (sunnah), maka lakukanlah semampu kamu.”

ii. Berkata imam Nawawi lagi: “Ulama daripada kalangan Muhaddith dan Fuqaha serta selain mereka berpendapat: Harus dan disunatkan beramal dengan amalan yang berstatus fadhail a’mal dan Targhib wa Tarhib (galakan dan intimidasi) – yakni setiap perkara baik kecuali berkaitan dengan soal aqidah dan hukum – beramal dengan hadith dai’f (lemah) selagi mana ia tidak Maudhu’ (tipu).”

iii. Ketika mana kita membincangkan persoalan amal ibadat yang baik bersertakan dalil, bermakna kita telah menggugurkan tanggapan-tanggapan seperti perkara-perkara bid’ah, kemungkaran, karutan, dongengan dan khurafat yang dituduh oleh sebahagian mereka yang jahil di dalam hal ini sebagai musuh dan dendaman dalam melaksanakan sunnah nabi s.a.w, bahkan mereka juga zalim dalam mengimbangi kesyumulan Islam. Maka, di sini kita menyebutkan kecerdikan orang ahli ilmu dan adab mereka, bukan menyebutkan tentang ahli orang yang jahil lagi khurafat. Meskipun mereka muncul di sana sini, terlalu ramai dan berbangga dengan dakwaan mereka. Maka yang halal itu jelas dan haram itu jelas.

Semoga Allah membantu kita. Wallahu A’lam.

Tamat.

Rujukan :

1. Usul al-Wusul Adillah Ahammi Ma’alim as-Sufiyyah al-Haqqah Min Sarih al-Kitab Wa Sahih as-Sunnah, Imam Said Muhammad Zaki Ibrahim, Juzu 1, Cetakan Kelima, T.T, Kaherah-Mesir.

2. Al-Ahkam As-Syari’yyah Li Qurra al-Quran al-Karim, Mahmud Ahmad Sai’d al-Atrash, Dar al-Iman-Iskandariah, T.T, Mesir.


Monday, September 21, 2009

:: Masalah Ciuman ::

“Saat saya menziarahi makam wali Allah saidatina Nafisah r.a (cicit Rasulullah s.a.w) di masjidnya, seorang lelaki tua ‘SOLEH’ telah bertemu saya bertanyakan asal usul saya. Setelah selesai berborak, kami bersurai. Sebelum kami bersurai, saya bersalaman sambil mencium tangannya yang lembut itu. Ciuman hanya sekadar menghormati orang tua yang lebih banyak mengenali erti hidup dan seorang yang banyak melakukan amalan kebaikan daripada saya. Semoga keberkatan amalan baiknya dikurniakan kepada saya. Selang beberapa minit kemudian, datang seorang pemuda bertemu saya untuk bertanyakan satu masalah. Saya terus memintanya untuk mengajukan persoalan tersebut. Ternyata soalan yang diajukan adalah berkaitan perbuatan saya ketika bersalaman dengan orang tua di hadapan makam tadi. Katanya amalan bercium ketika bersalaman itu lebih kepada ‘SYIRIK’ kerana saya ‘TUNDUK’ kepada makhluk apabila mencium tangannya. Saya sedikit tersenyum. Sedikit perdebatan ilmiah berlangsung secara sederhana antara saya dan pemuda tersebut. Beliau juga menegaskan bahawa Rasulullah s.a.w tidak pernah bersalaman dengan cara begitu. Beliau memberi tahu saya hanya bersalaman yang betul ketika bertemu adalah mencium antara 2 bahu. Saya minta daripadanya dalil yang menyokong keterangan tersebut. Tetapi, pemuda tersebut gagal memberikannya. Saya mengatakan kepadanya bahawa saya tidak jumpa lagi dalil bercium bahu ketika bertemu seseorang. Saya menjelaskan kepadanya bahawa saya mempunyai dalil lain yang lebih ‘KUAT’ daripada apa yang saya lakukan ketika bersalaman sambil mencium tangan di makam tadi. InsyaAllah, di bawah tajuk ini akan saya susun dan kemukan dalil-dalil yang sahih untuk tatapan pembaca sekalian. Apa yang nyata, saya tetap berpegang dengan dalil yang saya pelajari. Sebelum perdebatan selesai, saya menimbulkan satu masalah yang lebih besar dari perbuatan saya tadi kepada pemuda tersebut bahawa masyarakat Islam hari ini lebih cenderung kepada pembawakan budaya Nasrani dan Yahudi ketika bertemu dan berpisah. Saya menjelaskan kepadanya bahawa istilah ‘BYE-BYE’ sambil melambai, begitu juga ketika bertemu, bercakap dan menegur seseorang dengan mengucapkan lafaz ‘HAI’ atau ‘HELLO’ tidak kepada doa dan memberi salam kepadanya serta cara simbol bersalaman yang pelik seperti menumbuk di antara 2 tangan yang dilakukan oleh sebahagian pemuda pemudi Islam hari ini adalah bukan datang dari ajaran Islam yang sebenar, malah ianya datang daripada kaum KAFIR yang nyata menentang Islam. Sewajarnya mengapa masalah ini tidak dibangkitkan? Mengapa perbuatan yang ada dalilnya mesti dan perlu dipertikai? Terus saya melihat pemuda tersebut terdiam dan akhirnya saya menyatakan kepadanya sekiranya ingin saya menghormati hujahnya, seharusnya beliau juga harus menghormati hujah dan keterangan saya. Saya memintanya untuk menegur kesilapan dalil-dalil saya kiranya berlaku kekeliruan. Bukan hanya terlalu ta’asub dan jahil kerana menerima ajaran daripada seseorang guru yang Allah s.w.t BUTAkan MATA HATInya”.

Perbincangan

1. Hukum mencium tangan dan selainnya menurut Syariat Allah;


Hukum mencium kerana untuk mendapat redha Allah serta niat yang baik kerananya samada mencium kepala, kedua belah tangan, kaki, kedua lutut dan selainnya adalah HARUS. Dalam hal ini, imam Nawawi telah mengarang satu bahagian khas tentang perbincangan ini. Begitu juga ulama lain seperti al-Hafiz ibn al-Muqri, al-Hafiz ibn al-A’rabi, al-Hafiz Abu al-Fadl al-Ghumari dan beberapa ulama ahli ilmu lain yang menjelaskan hakikat keharusan bercium berdasarkan dalil dari Sunnah nabi yang Sahih lagi Thabit daripada baginda.

2. Dalil;


i. Daripada Zaari’ berkata: “Sewaktu kami tiba di Madinah, kami berlumba-lumba (bersegera) dari perjalanan kami lantas kami mencium tangan nabi s.a.w.” - Hadith dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari dan Abu Daud (5225).

ii. Daripada Ka’ab bin Malik r.a: “Sesungguhnya sewaktu beliau ditimpa keuzuran, nabi s.a.w tiba maka beliau terus mengambil tangan baginda s.a.w kemudian menciumnya.” – Dikeluarkan oleh imam At-Tabarani di dalam kitabnya Mu’jam al-Kabir (19/95, no. 186).

iii. Daripada Abdullah bin Umar r.a berkata: “Kami telah menghampiri kepada nabi s.a.w, kemudian terus mencium tangannya”. – Dikeluarkan oleh imam Abu Daud (5223).


3. Dalil mencium TANGAN dan KAKI;


i. Daripada Buraidah r.a.: “Sesungguhnya seorang lelaki telah datang kepada nabi s.a.w lantas mencium tangan dan kaki baginda s.a.w.” – Hadith dikeluarkan oleh imam al-Hakim di dalam kitab al-Mustadrak. Beliau mensahihkan hadith ini.

ii. Daripada Safwan r.a (menceritakan) tentang kisah 2 orang Yahudi yang bertanya kepada nabi s.a.w berkenaan 9 ayat keterangan, maka baginda menjawabnya. Lantas kedua-dua orang Yahudi tersebut mencium TANGAN dan KAKI baginda nabi s.a.w. – Dikeluarkan oleh imam An-Nasa’i (no. 4078), ibn Majah (3705) dan Tirmizi, berkata Hadith Hasan Sahih (2733 & 3144) serta disahihkan juga oleh imam al-Hakim.

iii. Sesungguhnya saidina Ali r.a mencium TANGAN dan KAKI saidina Abbas r.a. - Hadith dikeluarkan oleh imam al-Bukhari di dalam kitabnya al-Adab al-Mufrad dengan sanad yang sahih (no. hadith 976).

Dalil ini menunjukkan bahawa mencium TANGAN dan KAKI bukanlah KHUSUSIAT NABI s.a.w seorang (perkara-perkara khusus yang dilakukan oleh nabi s.a.w sahaja).


iv. Dikeluarkan oleh imam Ibn Jarir dan ibn Abi Hatim daripada As-Saddi berkenaan firman Allah s.w.t :

يأيها الذين ءامنوا لا تسئلوا عن أشياء إن تبدلكم تسؤكم وإن تسئلوا عنها حين ينزل القران تبدلكم عفا الله عنها والله غفور حليم

Bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu bertanyakan (kepada nabi s.a.w) perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu,” Al-Maidah :101.

Setelah (saidina Umar r.a mendengar) ayat ini, beliau bangun menuju kepada nabi s.a.w dan terus mencium KAKI baginda.


v. Dikeluarkan oleh imam al-Bukhari di dalam kitabnya al-Adab al-Mufrad, imam Ahmad, Abu Daud, Ibn al-A’rabi di dalam juzunya serta imam al-Baghawi di dalam Mu’jamnya, bahawa sewaktu utusan Abd Qais tiba di Madinah, mereka mencium TANGAN dan KAKI baginda s.a.w.

Dalil ini telah dicantikkan lagi oleh ibn Abdul Bar, dibaikkan (disokong dalil lain) oleh al-Hafiz ibn Hajar dan dikeluarkan juga oleh imam Abu Ya’la, Tabarani serta al-Baihaqi dengan sanad yang bagus (Jayyid).


vi. Daripada Ibn Umar r.a: “Sesungguhnya nabi s.a.w menyatukan hubungan di antara sepasang suami isteri, maka datang wanita tersebut kepada baginda lantas mencium KAKInya s.a.w. – Dikeluarkan oleh imam al-Baihaqi di dalam kitabnya Dalail an-Nubuwwah.

Bayangkan, seorang wanita yang mencium kaki baginda nabi s.a.w.


4. Dalil mencium KEPALA dan 2 LUTUT;

i. Di dalam kitab ‘Sorim al-Maslul’ oleh ibn Taimiyyah (bayangkan ibn Taimiyyah) daripada apa yang dikeluarkan oleh ibn al-A’rabi dan al-Bazzar: “Sesungguhnya seorang lelaki menyaksikan berkenaan ‘mukjizat sebatang pokok’ yang datang kepada Rasulullah s.a.w, kemudian kembali ke tempatnya semula. Lelaki itu berkata sambil berdiri kemudian terus mencium KEPALA, TANGAN dan KAKI Rasulullah s.a.w.

Menurut riwayat ibn al-A’rabi: “Lelaki tersebut meminta izin nabi s.a.w untuk menciumnya, maka nabi s.a.w pun mengizinkan. Maka lelaki tersebut mencium KEPALA dan KAKI baginda s.a.w.”

Dalam hadith yang thabit ini, pengharusan mencium KEPALA juga berkait rapat dengan KEIZINAN Rasulullah s.a.w, maka jadilah ia sebagai satu perkara yang SUNAT atau GALAKAN untuk melakukannya.


ii. Daripada Ka’ab bin Malik r.a berkata: “Sewaktu aku (selesai) melaksanakan ibadat taubatku, aku datang kepada nabi s.a.w kemudian aku mencium TANGAN dan kedua LUTUT baginda s.a.w.” Dikeluarkan oleh Abu Syeikh dan ibn Mardawih.

Menurut hadith ini, termaktub pensyariatan untuk mencium kedua LUTUT.


Sudah pasti nabi adalah insan yang lebih utama di sisi orang-orang yang beriman daripada diri mereka dan isteri-isteri banginda s.a.w. Baginda adalah bapa kepada setiap orang Islam. Oleh yang demikian, jelas hukumnya bagi kebenaran mencium TANGAN kedua ibubapa, KEPALA dan KAKI mereka. Tidak lain hanyalah sebagai pengiktirafan kemuliaan dan memenuhi hak-hak mereka.


5. Dalil nabi s.a.w mencium para sahabat dan memeluk mereka;


i. Sesungguhnya nabi s.a.w menCIUM zaid bin Harithah r.a ketika tiba di Madinah selepas meMELUKnya. – Hadith dikeluarkan oleh imam Tirmizi (no. 2732), imam Tirmizi berkata: “Hadith ini Hasan Gharib”.

ii. Sesungguhnya nabi s.a.w menCIUM sepupunya saidina Ja’far bin Abi Talib r.a di antara kedua belah matanya. – Dikeluarkan oleh imam Abu Daud dan Baihaqi di dalam kitabnya Syua’b al-Iman (6/477).

iii. Sesungguhnya nabi s..a.w menCIUM saidina Abu Bakar r.a selepas meMELUKnya di sisi saidina Ali r.a dan para sahabat r.a yang lainnya. – Hadith ini dinaqalkan oleh ibn A’bid al-Ansari di dalam kitabnya al-Majmu’.

Sebagai kesimpulan dari dalil-dalil ini, bahawa MEMELUK seseorang kepada saudaranya yang lain di samping menCIUMnya adalah dikira sebagai salah satu amalan daripada sunnah nabi s.a.w yang mulia. Padanya terkait sifat kasih sayang, menguatkan lagi kemesraan dan pertemuan, yang diakui sebagai sebaik-baik cara dan sikap kesantunan serta penghormatan diri. Dengan cara ini, lenyaplah perasaan sifat dengki, mengeratkan lagi ukhwah sesama Islam, menambahkan pahala dan sempurna Qudwah Hasanah terhadap nabi s.a.w dan sahabatnya r.a.


6. Dalil sahabat r.a dan selain mereka berciuman antara satu sama lain:


i. Daripada Yahya bin al-Harith r.a dengan satu sanad, berkata Haithami: Rijalnya (perawi-perawi sanad) adalah Thiqat (dipercayai). Berkata Yahya bin al-Harith: “Aku bertemu Wathilah bin al-Asqa’, maka aku berkata: Kau membai’ah tanganmu ini pada Rasulullah s.a.w? Wathilah berkata: Ya. Aku berkata: Berikan tanganmu itu, aku ingin menCIUMnya. Maka, beliau pun memberikan tangannya itu kepadaku dan aku terus menCIUMnya.” Maksud mencium tangan di sini adalah untuk memperoleh keberkatan di atas bai’ah Wathilah kepada Rasulullah s.a.w secara bersalaman dan mencium tangan baginda s.a.w. Begitu juga mencium tangan orang-orang yang soleh dan ulama. Dikeluarkan oleh imam at-Tabarani di dalam kitabnya al-Kabir (22/94, no. 226)

ii. Dinaqalkan oleh al-Hafiz ibn Hajar di dalam kitabnya al-Isabah dan ulama yang lain daripada as-Sya’bi r.a: Sesunggguhnya zaid bin Thabit r.a menCIUM tangan ibn Abbas r.a ketika ibn Abbas r.a mengambil binatang tunggangannya. Dan zaid berkata: “Beginilah cara kita disuruh untuk melakukan kepada ahli bait nabi kita.” Yakni bertujuan untuk menghimpunkan di antara kemuliaan dan kebaikan.

iii. Dinaqalkan oleh as-syeikh al-Ansari bahawasnya imam Muslim bin al-Hajjaj menCIUM di bahagian antara 2 mata imam Bukhari dan beliau juga cuba untuk mencium KAKInya. Bertujuan sebagai menghormati ilmu, kemuliaan dan kebaikan gurunya. Dinyatakan oleh imam Nawawi di dalam kitab ‘Tahzhib al-Asma’ (88/1).

iv. Dinaqalkan oleh imam At-Tabari di dalam kitabnya al-Riyad, daripada Abi Raja’ al-A’toridi: Sesungguhnya beliau datang ke Madinah lantas melihat saidina Umar r.a menCIUM kepala saidina Abu Bakar r.a di perhimpunan orang ramai untuk menunjukkan perasaan gembiranya terhadap kejayaan (kaum muslimin) dalam tempuran peperangan al-Riddah.


Pengajaran yang boleh diambil dari hasil dalil yang dinyatakan dan seumpamanya bahawa sahabat r.a sering bertukar-tukar CIUMAN TANGAN antara satu sama lain. Sesungguhnya mereka disuruh untuk melakukan perkara tersebut seperti yang jelas dinyatakan oleh zaid bin Thabit r.a bertujuan untuk memperoleh keberkatan, begitu juga tujuan untuk ilmu dan dakwah serta kemuliaan nabi s.a.w di samping melatih diri untuk lebih bersikap tawadduk dan untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t. Begitu juga mereka sering menCIUM kepala antara satu sama lain (sebagai tanda kasih dan hormat).

Dikeluarkan oleh imam ibn al-A’rabi dan ibn al-Maqri di dalam kedua-dua juzu mereka, Abdul Razak di dalam kitabnya al-Musannaf, al-Kharaaeti di dalam al-Makarim, al-Baihaqi dan ibn Asakir dengan isnad berdasarkan syarat imam Muslim (sanad tersebut berdasarkan syarat imam Bukhari dan Muslim) : Sesungguhnya Abu U’baidah r.a menCIUM tangan saidina Umar r.a ketika kepulangannya dari Syam. Adapun Tamim bin salamah menganggap menCIUM tangan ahli al-Fadl (orang-orang yang mendapat kemuliaan) adalah SUNAT. Perhatikanlah wahai orang-orang yang memiliki akal.


7. Mencium tangan kedua ibubapa dan anak-anak:


i. Dikeluarkan oleh Abu Daud bahawa nabi s.a.w menCIUM perut saidina Hasan bin Ali r.a (cucu nabi s.a.w). Begitu juga thabit dari hadith bahawa baginda s.a.w menCIUM saidina Hussien r.a. Baginda juga menCIUM puterinya saidatina Fatimah r.a, menjadi keaiban bagi siapa yang tidak melakukan sedemikian rupa.

ii. Dikeluarkan oleh Abu Daud bahawa saidina Abu Bakar r.a menCIUM anaknya saidatina A’isyah r.a ketika beliau mendapati bahawa anaknya itu demam. Ciuman bukan khusus untuk anak-anak lelaki sahaja. (Hadith no. 5222).

iii. Dikeluarkan oleh Abu Daud bahawa apabila saidatina Fatimah r.a mendapati nabi s.a.w masuk bertemunya, beliau akan berdiri dan mengambil tangan baginda s.a.w dan terus menCIUMnya. (Hadith no. 5217)

Menurut riwayat imam Tirmizi bahawa apabila saidatina Fatimah r.a masuk bertemu Rasulullah s.a.w, baginda s.a.w terus berdiri dan mengambil tangan puterinya dan menciumnya serta duduk bersamanya di dalam satu majlis. (Hadith no. 3872). Bayangkan, nabi s.a.w mencium tangan puterinya.

Yakni CIUMAN anak pada kedua belah tangan ibubapa adalah kerana pengiktirafan mereka terhadap kemuliaan darjat ibubapa dan ciuman ibubapa kepada anak-anak pula adalah hak kasih sayang mereka oleh ibubapa.

Pengajaran yang boleh diambil berdasarkan hadith yang dinyatakan adalah bertukar-tukar CIUMAN antara ibubapa dan anak-anak adalah merupakan sunnah nabi s.a.w yang mulia. Setiap tindakan bijaksana yang wajib dilakukan oleh ahli keluarga adalah lebihan cinta, kasih sayang dan kemesraan terhadap keluarga.

Dalam satu hadith yang dinyatakan, bahawa seorang lelaki bercerita di dalam satu majlis nabi s.a.w, bahawa beliau tidak menCIUM anak-anaknya. Lalu baginda s.a.w bersabda: “Apa yang dapat saya nyatakan bahawa Allah s.w.t telah melenyapkan rahmat daripada hati kamu”. (Dikeluarkan oleh imam Bukhari no. 5998).

Begitu juga tentang kisah saidina umar r.a mengasingkan seorang lelaki dari sebuah negeri kerana mengingkari CIUMAN saidina Umar r.a terhadap anaknya. Kisah yang begitu mashyur.


8. Dalil-dalil jenis ciuman yang lain;

i. Sesungguhnya saidina Abu Bakar mencium muka nabi s.a.w selepas kewafatan baginda. Hadith dikeluarkan oleh imam Ahmad dan Bukhari (no. 1241).

ii. Sesungguhnya nabi s.a.w mencium saidina Uthman bin Maz'un selepas kewafatannya. Hadith dikeluarkan oleh imam Ahmad (56/6), Abu Daud (3163), Tirmizi (989) berkata: Hadith Hasan Sahih, Ibn Majah (1456). Hadith ini juga disandarkan kepada imam al-Bukhari.

iii. Dikeluarkan oleh ibn al-A’rabi daripada Jabir: Sesungguhnya bapanya mati syahid ketika peperangan Uhud, maka tersingkap wajahnya dan beliau menCIUMnya.


9. Kesimpulan;

i. Beginilah seperti yang pembaca saksikan setiap hadith atau athar yang dinyatakan lagi Thabit (tetap) terhimpun bahawa ianya tidak bertentangan antara satu sama lain terhadap perbuatan menCIUM kedua belah tangan ibubapa kerana hak penghormatan kepada mereka, kedua belah tangan syeikh (guru) kerana mendapat keberkatan, kedua belah tangan ulama kerana kemuliaan mereka dan kedua belah tangan orang-orang soleh kerana amal kebaikan mereka. Dan yang hanya berhak untuk menilai mereka semua adalah hakim lagi adil Allah s.w.t bagi mengiktiraf kemuliaan mereka.

ii. Adapun ciuman terhadap orang MUNAFIQ yang mempunyai harta, menyanjung orang yang berkuasa dan orang yang memiliki kedudukan, sikap merendahkan diri (tadzallul) demi untuk kepentingan, terlibat dalam keadaan kecurangan dan muslihat untuk tunduk (hormat) atau sebagainya, maka ia dianggap sebagai sujud kecil (terhadap makhluk kerana kebatilan mereka). Jelas hukumnya adalah di larang dan haram. Kerana itu adalah sampah kemanusiaan, tindakan kelakuan sembrono untuk mendapat kedudukan yang tinggi, memainkan agama serta mencampurkan antara perkara baik dan buruk.

Pengecualian perkara tersebut boleh diambil kira, sekiranya ia berdiri di atas konsep menolak kemudaratan yang pasti boleh merosakkan, maka ianya termasuk di bawah hukum keterpaksaan. Firman Allah s.w.t:

فمن اضطر غير باغ ولا عاد فلا إثم عليه إن الله غفور رحيم

Bermaksud : “Maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda Yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” – Surah al-Baqarah : 173.

Adapun lelaki yang suka kedua belah tangannya diCIUM, maka gugur (rahmat) daripada pandangan Allah s.w.t dan pandangan mata manusia (penghormatan). Sesungguhnya orang-orang Soleh apabila diCIUM tangan-tangan mereka, pasti mereka tidak menyukainya di samping sering memohon keampunan serta takut keburukan akan timpa ke atas diri mereka.


10. Hadith-hadith larangan dari berCIUMAN.


i. Diriwayatkan oleh imam Tirmizi: Dikatakan, “Wahai Rasulullah adakah harus seseorang itu membongkokkan (tunduk ruku’) kepada saudaranya?" Baginda menjawab: "Tidak". Lelaki itu berkata lagi: "Adakah mesti seseorang itu memeluk dan menciumnya?" Nabi s.a.w menjawab: "Tidak". Berkata lagi: "Adakah seseorang itu mengambil tangan saudaranya dan hanya bersalaman dengannya?" Nabi s.a.w menjawab: "Ya". Hadith dikeluarkan oleh imam Tirmizi (no. 2728), dan berkata: Hadith Hasan.

Ulasan:

Hadith ini telah dilemahkan oleh imam Ahmad dan al-Baihaqi seperti yang dinaqalkan oleh al-Iraqi di dalam kitabnya al-Mughni. Di dalam sanadnya ada seorang perawi yang bernama Hanzalah. Imam Ahmad, Nasa’i dan Ibn Mai’n telah menetapkan bahawa lelaki tersebut adalah ‘Daif’ (lemah). Imam Ahmad menambah dengan katanya: “Sesungguhnya (Hanzalah) meriwayatkan banyak hadith yang Mungkar, maka jangan beramal dengan hadithnya.”

Maka gugurlah hadith ini.


ii. Hadith imam at-Tabarani dan Abu Ya’la dan ibn A’ddi: Sesungguhnya nabi s.a.w menarik tangannya bagi orang yang ingin menciumnya.

Ulasan:

Larangan terhadap hadith ini adalah dusta. Hadith ini ada dinaqalkan oleh ibn al-Jauzi di dalam kitabnya al-Maudua’at. Maka jangan mengambilnya.

Kalau sekiranya kedua-dua hadith ini SAHIH sekalipun, maka ciuman yang dimaksudkan di sini adalah bertujuan untuk tunduk, mengagungkan dan menyucikan (makhluk) bukan kerana untuk kasih sayang, penghormatan dan mengambil keberkatan.

Adapun dalil-dalil hadith yang dikemukakan ke semuanya tiada penentangan antara satu sama lain terhadap kebenaran ciuman tersebut. Begitu juga taraf kedudukan hadith yang dinyatakan, ianya sampai ke peringkat had mutawatir. Ia juga tidak bertentangan dari segi ukuran besar dan halus antara hadith-hadith Sahih dan Hasan.

Berhujah dengan 2 hadith yang gugur (lemah) adalah ditolak di sisi orang yang berilmu. Ia bertujuan untuk memelihara dari berlakunya fitnah dan kerosakan.


Wallahu a’lam.

Sila layari laman berikut; http://tausyiah275.blogsome.com/2005/09/12/jangan-cium-tangan-saya-kata-raja-arab-saudi/

Friday, July 24, 2009

Ulasan kitab : فتنة الوهابية من الفتوحات الإسلامية



Gambar 1: Muka depan kitab

1. Sinopsis:

"Al-Wahhabiah adalah merupakan satu kumpulan yang disandarkan kepada Muhammad bin Abdul Wahab. Bermulanya kemunculan beliau pada tahun 1143 Hijrah. Dilahirkan pada tahun 1111 Hijrah dan wafat pada tahun 1207 Hijrah. Kemunculan kumpulan ini bermula di Najd, salah sebuah negeri di Arab Saudi. Kemunculan kumpulan ini juga telah dibantu dan disokong oleh pemerintah negeri Dir'iyah (asal usul negeri Musailamah al-Kazzab), iaitu Muhammad bin Saud. Kesangsian tercetus apabila pembawakan asas akidah oleh pelopor kepada kumpulan ini menyuarakan tentang tauhid dan meninggalkan Syirik kepada Allah swt. Pada dasarnya, kedua-dua seruan ini memang sesuai dengan kehendak akidah Islam. Tetapi, dengan dakwaan yang dilontarkan oleh beliau, kesannya membawa kepada perpecahan umat. Lebih-lebih lagi pengasas kepada kumpulan ini yang telah mengKAFIRkan umat Islam yang hidup 600 tahun sebelumnya serta umat Islam yang tidak bersama menyertai dan mengikuti tunggak perjuangan mereka. Untuk penjelasan lebih lanjut, sebuah kitab telah dikarang untuk menolak pandangan batil ini."

2. Pengenalan kitab dan penulis:

i. Tajuk kitab : "فتنة الوهابية من الفتوحات الإسلامية" (Fitnah al-Wahhabiah terhadap penaklukan Islam).

ii. Penulis : Syeikh al-Islam Sayyid Ahmad Zaini Dahlan al-Hasani Radhiyallahu 'Anhu, mufti Haramain dan Pembela Ahlus Sunnah Wal Jama`ah. Berasal dari keluarga yang mulia, ahlul bait Rasulullah صلى الله عليه وسلم melalui susur-galur Sayyiduna Hasan, cucu kesayangan Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

Menurut riwayat, Sayyid Ahmad Zaini Dahlan lahir di Makkah pada tahun 1232H/1816M.

** Penjelasan kitab oleh: Syeikh Muhammad Abdul Fattah Umar, syeikh Masjid imam Syafie.

iii. Karangan :



Gambar 2: Antara kitab karangan beliau

Sayyid Ahmad Zaini Dahlan adalah seorang ulama yang produktif. Selain melahirkan para ulama yang hebat, beliau juga menghasilkan karangan yang begitu banyak, antaranya adalah:-

1. al-Futuhatul Islamiyyah;
2. Tarikh Duwalul Islamiyyah;
3. Khulasatul Kalam fi Umuri Baladil Haram;
4. al-Fathul Mubin fi Fadhoil Khulafa ar-Rasyidin;
5. ad-Durarus Saniyyah fi raddi 'alal Wahhabiyyah;
6. Asnal Matholib fi Najati Abi Tholib;
7. Tanbihul Ghafilin Mukhtasar Minhajul 'Abidin;
8. Hasyiah Matan Samarqandi;
9. Risalah al-Isti`araat;
10. Risalah I'raab Ja-a Zaidun;
11. Risalah al-Bayyinaat;
12. Risalah fi Fadhoilis Sholah;
13. Shirathun Nabawiyyah;
14. Mukhtasor Jiddan, Syarah Ajrumiyyah;
15. Fathul Jawad al-Mannan;
16. al-Fawaiduz Zainiyyah Syarah Alfiyyah as-Sayuthi;
17. Manhalul 'Athsyaan;
18. Kitab syarah Ajrumiyah dan banyak lagi.



Gambar 3: Kitab Syarah Al-Ajrumiyah (kitab Nahu)


iv. Wafat:

Setelah menaburkan jasanya di Makkah, Saiyyid Ahmad bin Zaini Dahlan al-Hasani berangkat ke kota Madinah, kerana suasana di kota Makkah kurang aman dan beliau wafat di kota Madinah pada tahun 1304H/1886M dan dimakamkan di sana. Semoga Allah sentiasa mengasihi dan merahmati Sayyid Ahmad Zaini Dahlan al-Hasani.

v. Murid-muridnya:

Diantara ulama-ulama Nusantara yang pernah berguru dengan ulama besar ini ialah:-


Gambar 4: Kiyai Nawawi Banten

* Kiyai Nawawi Banten.
* Kiyai Muhammad bin Abdullah as-Shuhaimi.
* Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathoni (menurut satu riwayat).
* Kiyai Muhammad Saleh Darat.
* Syeikh Ahmad Khatib bin Abdul Latif bin Abdullah al-Minankabawi.
* Sayyid Utsman Betawi.
* Tuan Hussin Kedah.
* Syeikh Ahmad Yunus Lingga.
* Sayyid Abdullah az-Zawawi, Mufti Syafiiyyah, Mekah.
* Datuk Hj Ahmad Ulama Brunei.
* Tok Wan Din, nama yang sebenar ialah Syeikh Wan Muhammad Zainal Abidin al-Fathoni.
* Syeikh Abdul Qadir al-Fathoni (Tok Bendang Daya II).
* Syeikh Abdul Hamid Kudus.
* Kiyai Muhammad Khalil al-Maduri.
* Haji Utsman bin Abdullah al-Minankabawi, Imam, Khatib dan Kadi Kuala Lumpur yang pertama.
* Syeikh Arsyad Thawil al-Bantani.
* Syeikh Muhammad al-Fathoni bin Syeikh 'Abdul Qadir bin 'Abdur Rahman bin 'Utsman al-Fathoni.
* Tuan Kisa-i’ Minankabawi [atau namanya Syeikh Muhammad Amrullah Tuanku Abdullah Saleh. Beliau inilah yang melahirkan dua orang tokoh besar di dunia Melayu. Yang seorang ialah anak beliau sendiri, Dr. Syeikh Haji Abdul Karim Amrullah. Dan yang seorang lagi ialah cucu beliau, Syeikh Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA).
* Saiyid Abdur Rahman al-Aidrus (Tok Ku Paloh).


* Syeikh Utsman Sarawak.
* Syeikh Abdul Wahab Rokan dan ramai lagi.








Gambar 5: Syeikh Utsman Sarawak


vi. Isi kandungan kitab:

1. Fitnah al-Wahhabi.
2. Penjelasan al-Wahhabi dan aqidahnya.
3. Sebab-sebab kebangkitan kempen masyarakat Mesir.

i. Kempen Tusun Basha
ii. Kempen Muhammad Ali Basha
iii. Kempen Ibrahim Basha

4. Al-Wahhabiah dan Tajsim.
5. Al-Wahhabiah dan keingkaran mereka terhadap kenabian nabi Adam.
6. Al-Wahhabiah dan keingkaran mereka terhadap kenabian nabi Isa.
7. Al-Wahhabiah dan sifat kepada Nabi Muhammad saw yang tidak layak untuk baginda.
8. Al-Wahhabiah dan ingkar Syafaat.



Gambar 6: Antara isi kandungan kitab

9. Al-Wahhabiah dan menanggalkan serban (membiarkan kepala botak).
10. Keraguan ibnu Wahab pada solat.
11. Keingkaran Al-Wahhabiah untuk menziarah kubur dan doa untuk ahlinya.
12. Al-Wahhabiah dan keingkaran membaca al-Quran ke atas mayat.
13. Al-Wahhabiah dan keingkaran terhadap bacaan sebahagian surah dan ayat al-Quran secara khusus.

vii. Rujukan:

1. Kitab rujukan beliau sebanyak 85 buah kitab.

viii. Halaman:

44 muka surat.

ix. Penutup:

Semoga dengan sedikit huraian dari kitab ini, pembaca dapat manfaat darinya serta bacalah dengan mata hati demi membawa ketelusan dalam menyebarkan ilmu Allah swt.




gambar 7 : Syeikh al-Islam Sayyid Ahmad Zaini Dahlan al-Hasani

Thursday, June 11, 2009

:: Metodologi Kajian ::

Pertamanya, berdasarkan pada perbincangan tajuk Wahhabi ini (termasuk sebelum dan akan datang), perlu saya jelaskan bahawa segala fakta yang saya nukilkan ini adalah bersandarkan dari kitab-kitab karangan ulama yang Muktabar (diakui kehebatan) dan Thiqah (kepercayaan) mereka di dalam menyusun dan mendedahkan ilmu serta maklumat yang telah dimuatkan di dalam kitab serta manuskrip mereka, baik yang baru atau pun yang lama. Metodologi yang saya gunakan di dalam perbincangan ini adalah mengumpul, menyusun, menjelas fakta dan menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu serta ada juga beberapa istilah kalimah Arab yang diserap untuk mempermudahkan pemahaman dan penyelarasan, kerana kedapatan istilah makna kalimah bahasa Melayu mempunyai banyak sinonim.

Sebelum saya mengulas dengan lebih lanjut, perlu kita memahami terlebih dahulu 1 istilah yang diguna pakai bagi mengelak ‘tersalah faham’ dan ‘sangka buruk’ antara sesama ahli forum dan pembaca blog, khusus kepada mereka yang sentiasa berhati-hati dan berwaspada terhadap konsep ajaran fahaman Wahhabi ini. Secara panduan, 2 kalimah arab yang ingin dibincangkan adalah berkaitan istilah makna ‘Ghuluw’ (غلوٌ) dan ‘Rad’(رَدّ).

Secara ringkasnya, ‘Ghuluw’ bermaksud satu pendekatan yang diambil secara berlebih-lebihan, melampaui batas dan ta’asub buta tanpa ada kajian dan pendedahan yang jelas serta kenyataan yang dapat meyakinkan individu tersebut terhadap sesuatu perkara yang dilakukan. Contoh seperti, ahli kitab yang melampaui batas di dalam urusan agama dan mengubah ayat yang terkandung di dalam kitab suci mereka. {lihat Quran ; 4 : 171}

Adapun ‘Rad’ bermaksud suatu penolakan, halangan atau pencegahan atau jawapan kepada kenyataan dan keadaan yang berlaku secara berterusan terhadap sesuatu perkara bertujuan untuk mengubah perkara tersebut kepada yang lebih baik. Dalam hal ini, kita mengambil jalan tengah untuk menggunakan kalimah ‘Rad’ dalam membincangkan isu fahaman Wahhabi ini. Ini bermaksud, di sini kita hanya membincangkan tentang penolakan, kebatilan serta ketidak penerimaan usul serta kalam yang dibangkitkan oleh pengasas serta pengikut fahaman ini. Dalam masa yang sama, kita juga mendedahkan fahaman yang sahih dan rajih (jelas) daripada pandangan jumhur ulama sebagai perbandingan terhadap fahaman Wahhabi ini. Di samping, sesekali kita tidak menuduh atau mengkafirkan sesiapa sahaja pada mereka yang tergolong, terjebak, terikut-ikut, sama ada secara sengaja atau tidak, terhadap aliran pemikiran fahaman Wahhabi ini. Sekalipun ada di kalangan mereka yang sangat berkeras tentang hakikat isu perselisihan pendapat dan pandangan dari sudut perkara cabang agama.

Oleh yang demikian, di harap kita dapat membezakan terlebih dahulu perbezaan antara kumpulan Tataistilah dan Tatanama kalimah arab ini, yang mana ia menjadi tunggak asas dalam memberi informasi dan pengetahuan yang berbentuk ilmiah di bawah tajuk perbincangan ini. Tambahan lagi, ia juga bertujuan untuk mengelak dari berlakunya sikap prejudis terhadap individu yang membawa fakta yang kukuh dan berasas sebagai 1 penilaian rapi kepada pembaca. Sebagai menghormati hak kebebasan individu lain untuk memberi tambahan info, kritikan, cadangan, pandangan, idea dan maklumat baru, di harap juga tidak ada lagi istilah ‘Ghuluw’ dalam kita berkongsi pendedahan secara ‘Evidence’ yang berkait rapat tentang soal realiti dan rasional bagi perbahasan tajuk ini, sepertimana yang telah dijelaskan di atas, di samping bukti dan keterangan turut disertakan.

Thursday, April 23, 2009

Dinasti Sau'diyyun + Muhammad Abdul Wahab = Mazhab Wahabi bukan Mazhab Hanbali!!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Pengenalan

Setelah saya memerhatikan beberapa pandangan serta pendapat yang diberikan oleh ahli-ahli forum khusus mengenai tajuk ini, saya dapati pelbagai respon yang berbeza-beza. Ada yang menyokong dan ada pula yang kontra. Bagi mereka yang mempunyai maklumat sila kongsikan bersama. Kerana kita bukan hanya pandai menyokong atau menolak atas dakwaan semata-mata, tapi kita inginkan ulasan serta info yang bersifat ilmiah dan terperinci serta bukti yang kukuh ketika berhujah. Saya juga telah diamanahkan oleh beberapa orang yang dipercayai untuk mengemukakan pandangan saya sendiri untuk memberi respon tentang masalah yang dibahaskan.

Berdasarkan kepada nukilan maklumat yang di bawa oleh akhi Amin pada awal page serta di bawah tajuk ini, suka saya untuk memberi serta mengupas beberapa maklumat tambahan yang boleh kita kongsikan bersama. Apa yang penting, perbahasan yang saya coretkan di sini adalah bukan berbentuk provokasi atau prejudis kepada mana-mana individu di dalam forum KTI ini, tetapi ia lebih bersifat ilmiah dan adil kepada semua demi untuk menjaga kesucian agama Islam yang tercinta.

Di dalam perbincangan forum ini, saya akan memaparkan beberapa pandangan ulama muktabar yang dikutip dari kitab-kitab yang diakui kebenaran fakta dan penjelasannya yang memberikan kita input yang berharga demi untuk menilai sejauh mana kebenaran serta ketelusan fakta yang dinyatakan, di samping untuk menyelesaikan permasalahan yang dibangkitkan. Kejujuran di dalam perbahasan adalah amanah kita membawa ilmu untuk jaminan keselamatan kepada masyarakat awam. Sekiranya ilmu yang sesat lagi batil yang kita bawa, maka kita akan membawa masyarakat ke kancah kehinaan. Sekiranya ilmu yang baik lagi bermanfaat, maka kita mambawa manusia ke jalan yang diredhai Allah swt.

Bukan sekadar itu sahaja, bahkan ilmu serta fakta yang benar juga mempertahankan barisan ulama yang turut terheret sama dalam tuduhan sesat yang dilemparkan oleh si penuduh, sedangkan kebanyakan mereka telah pun kembali ke rahmatullah. Tidak sepatutnya, pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan serta pendapat orang lain terus mengambil sikap drastik menyesatkan mereka yang mempunyai dalil dan pegangan tersendiri. Malah, suatu perkara yang pelik dan tidak masuk akal perkara yang tidak bersangkut paut dengan perkara akidah menatijahkan hukum SESAT dan KAFIR. Semoga dengan ada penerangan ringkas ini, dapat memecahkan kebuntuan pembaca daripada kalangan ahli forum KTI ini dan kita lebih memahami tentang adab-adab perselisihan pendapat dalam perkara-perkara khilafiah seperti ini. Semoga Allah swt sentiasa menunjukkan kita ke jalan yang benar.

Fasal 1

Di dalam perbincangan fasal 1 ini, saya cuba untuk mengupas sedikit fakta yang diambil dari kitab-kitab sejarah dan mungkin kebanyakan di antara kita tidak mengetahui sejarah yang lalu hasil dari penelitian dan catatan yang telah dibukukan oleh pakar-pakar sejarah yang dipercayai serta jujur di dalam pengambilan maklumat mereka. Antara perbincangannya adalah :


1. Pengenalan nasab 'As-Sau'diyyun' (salasilah keturunan raja Saudi )
2. Pengenalan mazhab Wahabi

1. Pengenalan nasab 'As-Sau'diyyun'.

Adapun nasab 'As-Sau'diyyun' (keturunan raja Saudi) adalah berasal daripada keturunan Yahudi yang tinggal di Najran. Ia berkait rapat dengan seorang Yahudi bernama Yusuf yang tinggal di Najran, ini kerana hasil daripada keturunan orang-orang Yahudi di kalangan mereka, maka secara tidak langsung jalinan hubungan silaturahim di antara beliau dengan keturunan raja-raja Saudi sudah lama terjalin. Di mana, bertemunya nasab beliau (Yusuf) dengan keluarga Saud pada keturunan datuk mereka yang ke 6. Oleh yang demikian, hasil daripada keturunan datuk mereka yang bernama Sulaiman Aslaiem, beliau mempunyai 2 orang anak yang bernama Muqrin (datuk kepada keluarga Saud) dan seorang lagi datuk kepada Yusuf.

Muqrin bin Sulaiman Aslaiem ini adalah seorang peniaga. Kerana di sebabkan beliau adalah seorang berketurunan Yahudi yang sering dihina dan dicaci, maka beliau dan seluruh ahli keluarganya terpaksa sering berpindah randah di tanah arab untuk mencari tempat yang sesuai bagi urusan perniagaannya. Setelah mendapat tempat yang sesuai bagi menjalankan urusan perniagaannya, hasil perniagaannya semakin bertambah serta jalinan hubungan muamalah beliau bersama masyarakat tempatan juga semakin baik. Di kesempatan yang ada, beliau juga berazam untuk meluaskan perniagaannya ke luar semenanjung tanah arab hingga ke negara Iraq serta menjalinkan hasil usaha sama bersama masyarakat setempat. Dalam masa yang sama, dengan sikap keyahudianya itu, beliau ingin mengelirukan masyarakat arab di sana dengan pelbagai helah dan taktik-taktik kotor sehingga boleh berlaku perpecahan di kalangan masyarakat arab Iraq serta berlaku tragedi rampas merampas terhadap harta masing-masing.

Dalam perjalanannya menuju ke negara Iraq, beliau mendapati bahawa di Iraq terdapat pelbagai kabilah keluarga yang tersendiri. Pada awalnya, beliau ingin menetap di sebuah negeri di mana apabila sampai di negeri tersebut, beliau boleh menggunakan perniagaannya itu sebagai cara untuk mendekati masyarakat tersebut. Maka setelah itu, beliau hanya dapat menentukan untuk menetap di bandar 'U'yainah', iaitu sebuah bandar yang terletak di negeri An-Najdiah, (sekarang bandar ini telah hancur musnah) terletak di kawasan timur serta sepanjang jalan ke bandar ini di selusuri dengan kawasan lembah hingga ke sebuah kampung yang dikenali sebagai al-Jabaliyyah, Iraq (sekarang kampung ini menjadi tempat tentera-tentera Amerika menghujani peluru-peluru mereka ke arah penduduk dan masjid) kedapatan penduduknya (bandar U'yainah) hampir 50 ribu orang pada waktu itu.

Di antara kabilah-kabilah keluarga arab yang menjadikan negeri tersebut sebagai penempatan mereka adalah;

1. Kabilah keluarga U'taibah.
2. Kabilah keluarga Qahtan.
3. Kabilah keluarga Banu Murrah.
4. Kabilah keluarga Banu Khalid.
5. Kabilah keluarga A'jman.
6. Kabilah keluarga Sabi'.
7. Kabilah keluarga Ad-Dawasir.
8. Kabilah keluarga Syamr.
9. Kabilah keluarga Mutir.
10. Kabilah keluarga Harb.
11. Kabilah keluarga Yam.
12. Kabilah keluarga Tamim.

Selepas Muqrin berjaya menetap di bandar U'yainah dan berbuat baik terhadap masyarakat setempat serta kepada semua kabilah keluarga arab yang disebutkan di atas, beliau dan ahli keluarganya berusaha pula untuk berbuat-buat baik dan memahami adat dan budaya mereka serta cuba untuk mengikuti cara kehidupan semua masyarakat arab yang tinggal di sekitar bandar U'yainah di samping beliau berazam untuk menyertai dan menjalin hubungan sosial dengan semua kabilah keluarga arab tersebut di mana tujuannya adalah untuk menghapuskan tanggapan masyarakat arab setempat dari mengenali beliau adalah seorang yang berketurunan Yahudi dan terus ingin menghakis hakikat kehidupan serta status Yahudi beliau daripada pandangan mata masyarakat arab setempat.



Akan tetapi, bukanlah mudah bagi Muqrin dan keluarganya untuk memperoleh kejayaan rancangan yang diusahakan. Di mana, ke semua kabilah arab tersebut bersepakat untuk tidak menerima beliau dan ahli keluarganya sebagai penduduk baru di bandar U'yainah. Keputusan yang telah ditetapkan oleh ke semua kabilah arab tersebut mencerminkan pendirian dan jati diri mereka yang kukuh dari menerima sebuah kelompok keluarga baru yang tidak diketahui asal usul mereka demi menjaga suasana keharmonian dan keamanan sejagat.

Oleh yang demikian, di atas simpati dan ihsan daripada semua keluarga kabilah arab tersebut, mereka telah memilih sebuah keluarga arab yang dikenali sebagai 'al-Masolikh' iaitu sebuah kabilah badwi yang bernama A'nizzah' yang masyhur di kalangan keluarga-keluarga kabilah arab dengan masyarakat yang kurang nilai dan kesempitan hidup. Di samping itu juga mereka (badwi A'nizzah) tiada langsung mengambil tahu serta perasaan untuk membina sebuah kabilah dan keluarga yang cemerlang, di mana kewujudan mereka tidak terdapat melainkan hanya sedikit iaitu menetap di bukit yang di kenali sebagai Sinjar di utara Iraq serta beberapa kelompok kecil kabilah yang lain.

Akhirnya, setelah kehadiran Muqrin dan keluarganya bersama keluarga arab al-Masolikh ini, mereka bersatu hidup bersama di bawah satu populasi kaum arab yang menetap di kawasan pasir di negeri Syam pada ketika itu (termasuk Iraq, Palestin, Syria, Jordan dan negeri-negeri yang berjiran dengannya) dan menjadi pengikut setia kepada ketua kabilah mereka di bawah pimpinan ibnu Mulhim.



Salah seorang keturunan raja Saudi berkunjung ke Israel

Setelah Muqrin dan keluarganya menetap bersama keluarga kabilah arab al-Masolikh ini, sekali lagi beliau dan keluarganya menjadikan cara hidup keyahudian mereka sebagai tunggak asas dalam kehidupan kaum kabilah tersebut. Dengan cara ini, mereka dianggap sebagai orang yang terbaik serta secara tidak langsung seolah-olah mereka juga dianggap sebahagian daripada kalangan kabilah keluarga arab tersebut. Begitulah riwayat hidup Muqrin, seorang yang bercampur asal keturunannya di antara Yahudi dan Arab Muslim yang tujuan asalnya hanyalah untuk memperluaskan perniagaannya hingga ke penghujung sudut negeri dengan cara pembawakan gaya dan bentuk kemunculan yang baru. Daripada keturunan Yahudi Muqrin ini, maka terbentuk sekelompok generasi keturunan beliau daripada kalangan keluarga 'As-Sau'diyyun' (keturunan raja Saudi) seorang demi seorang hingga ke hari ini.

Menurut Syeikh Muhammad al-Tamimi (teman rapat kepada St. John Philby (1885-1960), seorang berbangsa Inggeris yang dilantik menjadi hakim dan penganalisis politik kerajaan Saudi sekitar tahun 1937 Masihi) berkata : "Ada pun, dari segi realiti keadaan Yusuf (seorang Yahudi dan sepupu kepada raja Saud), beliau enggan untuk menceritakan keadaan yang sebenar kepadaku tentang hubungannya dengan keluarga Saud, dan beliau sering tidak sehaluan dengannya (Saud) serta tidak berhasrat untuk menceritakan kepadaku hakikat apa yang terkandung di dalam kitab al-Mahdi (sebuah kitab yang menceritakan secara terperinci tentang peristiwa yang berlaku di Najran dan sebahagiannya berkaitan dengan keturunan Saudi) yang diutuskan kepada Philby."
St. John Philby

Seperti yang diketahui, bahawa keluarga Saud yang terawal telah menjalinkan hubungan bersama mereka (cabang daripada keturunan Yusuf) dan tidak berpisah sehingga ke generasi keturunan datuk mereka yang ke 3, iaitu Daud. Kemudian, di sebabkan kejahilan di antara sesama mereka (keluarga Saud), mereka cuba untuk menjauhkan diri daripada cabang keluarga Yusuf di sebabkan kecelaruan yang berlaku di kalangan keluarga Saud sehingga kepada generasi putera Abdul Aziz bin Saud (adik-beradik kepada putera Muhammad bin Saud).1


Raja Abdullah

Dari semasa ke semasa, kemuncak pemerintahan keluarga di raja Saud ini adalah sewaktu tampok pemerintahan putera Muhammad bin Saud, iaitu seorang pemerintah di salah sebuah negeri di Dar'iyah, Arab Saudi. Nama penuhnya adalah Muhammad bin Saud bin Muqrin bin Markhan daripada kalangan keturunan bani Zhal (cicit kepada Muqrin). Beliau dilantik menjadi pemimpin selepas 2 tahun kewafatan ayahandanya (raja Saud) di Dir'iyah pada tahun 1139 Hijrah. Di mana semasa mercu pemerintahannya, beliau sangat kuat mengadu domba kepada Inggeris demi untuk membantu saudaranya Thunayyan. Dan beliau (Muhammad) bersendirian memerintah negeri tersebut setelah kewafatan saudaranya pada tahun 1160 Hijrah. Sebelum itu, pada tahun 1157 H, seorang utusan telah dihantar ke negeri Dar'iyah oleh pengasas dakwah yang terkenal pada waktu itu iaitu Muhammad bin Abdul Wahab dan dalam masa yang sama beliau telah memeterai satu perjanjian bersama pemerintah Dar'iyah bahawa putera ibnu Saud akan menjadi pemelihara kepada agama, pejuang kepada sunnah dan mengkafirkan setiap orang yang menentang secara berterusan terhadap pergerakan aliran dakwah Muhammad bin Abdul Wahab secara terang-terangan. Dalam masa yang sama, mereka juga dibantu oleh kuasa empayar Inggeris untuk menghapuskan kelompok-kelompok yang menentang mereka daripada kalangan kaum muslimin.2
Raja Fahd 1982-2005


Ulasan

Saat dari itulah, negara yang asal namanya tanah Hijaz bumi yang berkat bertukar kepada Arab Saudi (sandaran kepada Saud bin Muqrin). Ini kerana keta'asuban keluarga Saud pada keturunan mereka sehingga sanggup bersekongkol dengan pihak Inggeris demi memperoleh kuasa secara mutlak. Kebanyakan buku sejarah Arab Saudi di tangan saya seperti kitab yang bertajuk Islamiah La Wahabiah (Fahaman secara Islam bukan secara Wahabiah) ditulis oleh Dr. Nasir bin Abdul Karim al-A'qal tiada langsung menceritakan perihal keadaan yang sebenar tentang peristiwa ini. Bahkan beliau hanya menggambarkan keadaan sebaliknya dan hanya menuding jari menyalahkan pihak-pihak lain yang tidak sependapat dengannya. Banyak lagi kitab sejarah seperti kitab Aali Saud (Keluarga Saud) iaitu sebuah kitab yang menghimpunkan sejarah kemunculan keluarga Saud di tanah Hijaz, di mana hasil faktanya telah diputar belitkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab baik daripada kalangan rakyat Saudi sendiri mahupun orang-orang luar yang mengkhianati amanah ilmu sebagai wacana maklumat yang sahih kepada bangsa arab tanah Hijaz dan kemuliaan tanah Hijaz itu sendiri. Tidak hairanlah kalau wujudnya Musailamatul Kazzab buat kali yang kedua, ketiga dan seterusnya di tanah suci ini. Kerana Musailamatul Kazzab ini adalah manusia yang berasal dari negeri Dar'iyah, asal pusat pemerintahan kerajaan Saud sewaktu masa dahulu. Begitu juga campur tangan daripada kalangan orientalis timur dan barat seperti Sujah, al-Anky dan al-Adhi. Mereka inilah pengkhianat yang memutar belitkan fakta sejarah yang asal kepada penyelewangan yang membawa kepada perpecahan umat. Di samping juga bantuan yang diminta oleh mereka (Pemimpin keturunan Saud dan pengikut mereka) daripada pihak Inggeris untuk menjatuhkan pihak lawan daripada kalangan umat Islam sendiri agar mereka (penjajah) terus bertapak di tanah suci kelahiran Rasulullah SAW serta mengukuhkan lagi penjajahan, memonopoli dan mengambil segala kemewahan hasil bumi di tanah suci Hijaz dan negara-negara Islam yang berjiran dengannya sehingga ke hari ini. Wallahu A'lam.



Raja Faisal dan teman wanitanya Kristina, sewaktu belajar di university Colorado. Kristina memberitahu bahawa beliau hidup bersama Faisal selama 5 tahun.

Rujukan
___________________

1. Tajdid Kasyful Irtiyab Fi Itba' Muhammad bin Abdul Wahab, Said Hussien al-Amin, Edaran Makatabah Haramain, Cetakan kedua, Tahun 1382 H – 1952 M, M/S : 9-10.

2. Fitnah al-Wahabiah Min al-Futuhat al-Islamiah, Syeikh Zaini Dahlan, Mufti Syafieyyah dan tenaga pengajar di Masjid Haram Mekah, Penjelasan oleh ; Muhammad Abdul Fattah Umar, Syeikh Masjid Imam Syafie, Cetakan Mesir, Cetakan asal pada tahun 1354 H. M/S : 8-9.

** Bersambung ke tajuk yang ke-2 dalam fasal 1, iaitu pengenalan kepada mazhab Wahabi, InsyaAllah.

** Anda boleh taip ke laman google, kemudian search pada nama : "St. John Philby", untuk mengenali beliau dengan lebih lanjut. Ternyata beliau adalah seorang yang aktif dengan pergerakan Zionist Yahudi. Sila baca dengan mata hati dan fahami hakikat kebenaran.

** Artikel ini sebenarnya adalah respon khusus untuk ahli komuniti teman Inteam. Sila layari laman berikut untuk penjelasan lebih lanjut : http://www.inteam.com.my/viewtopic.php?forum=18&topic=5254&start=40#f127126

Saturday, January 24, 2009

Pendudukan Yahudi di Pulau Pinang : Generasi muda leka sejarah?

By : Ariel Scheib
Terjemahan Oleh : tahassan


In 1895, the first Jew, Ezekiel Menassah emigrated from Baghdad and settled in Penang, Malaysia. For more than 30 years, Menassah remained the only Jew in to the country, continuing to observe Jewish holidays and keep kashrut. Following World War I, more Jews began to settle in Malaysia. Then during World War II, the Jewish community was evacuated to Singapore. By 1963, only 20 Jewish families remained in Malaysia.

Pada tahun 1895, orang pertama Yahudi, Yehezkiel Menassah telah berhijrah dari Baghdad dan terus menetap di Penang, Malaysia. Selama lebih dari 30 tahun, Menassah adalah satu-satunya orang Yahudi yang terdapat di negeri ini, di samping beliau terus mengamati dan memelihara hari-hari kebesaran Yahudi serta sistem peraturan pemakanan Yahudi yang dikenali sebagai Kosher (makanan halal versi Yahudi). Setelah tamat Perang Dunia 1, lebih ramai orang Yahudi mulai menetap di Malaysia. Kemudian semasa Perang Dunia II meletus, komuniti puak Yahudi tersebut telah berpindah ke Singapura. Hingga ke tahun 1963, hanya 20 keluarga Yahudi sahaja yang menetap di Malaysia.

Today, approximately 100 Jews reside in Malaysia. On the island of Penang there is a tiny congregation and a cemetery in George Town in Jewish Street (Jalan Yahudi). The Jewish cemetery in Penang is considered to be the oldest single cemetery in the country. The oldest legible gravestone in the cemetery dates to 1805 and the latest to 1976. The cemetery also includes the grave of a Jewish British officer killed during World War II. Most of the Jews living in Malaysia are refugees from Russia.

Hari ini, sekitar 100 orang Yahudi berada di Malaysia. Di Pulau Penang, masih lagi terdapat sekumpulan kecil kelompok Yahudi dan tanah perkuburan mereka di George Town di kawasan persimpangan Yahudi Street (Jalan Yahudi). Kawasan perkuburan orang Yahudi di Penang adalah dianggap paling tertua di pusara negara ini. Kedapatan ukiran pada batu nisan yang tertua di pusara tersebut bertarikh pada tahun 1805 dan yang terakhir pada tahun 1976. Terdapat juga di kawasan perkuburan tersebut kubur seorang pegawai Inggeris Yahudi yang dibunuh semasa Perang Dunia II. Sebahagian besar orang Yahudi yang menetap di Malaysia adalah pelarian dari Rusia.













Talian serta alamat mereka di Malaysia :

Congregation
28 Nagore Road
Penang

The Jewish Cemetery, Penang Neighborhood: Georgetown
Tel: +60 4 261 6663
(Penang Tourist Centre)
Address: Jalan Zainal Abidin
Penang MY, 10400

Mr. Gary Braut
Precision Bearing
17502 Jalam 4 Taman Selayang Baru
Industrial Area Kuala Lumpur 68100 Malaysia
Tel: 603-6138-6200
Fax: 603-6138-6206
email: pirkei@pc.jaring.my

Sumber : http://www.jewishvirtuallibrary.org/jsource/vjw/malaysia.html


Pic Kuil Yahudi, Penang



`Wallahu A'lam`