Thursday, June 11, 2009

:: Metodologi Kajian ::

Pertamanya, berdasarkan pada perbincangan tajuk Wahhabi ini (termasuk sebelum dan akan datang), perlu saya jelaskan bahawa segala fakta yang saya nukilkan ini adalah bersandarkan dari kitab-kitab karangan ulama yang Muktabar (diakui kehebatan) dan Thiqah (kepercayaan) mereka di dalam menyusun dan mendedahkan ilmu serta maklumat yang telah dimuatkan di dalam kitab serta manuskrip mereka, baik yang baru atau pun yang lama. Metodologi yang saya gunakan di dalam perbincangan ini adalah mengumpul, menyusun, menjelas fakta dan menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu serta ada juga beberapa istilah kalimah Arab yang diserap untuk mempermudahkan pemahaman dan penyelarasan, kerana kedapatan istilah makna kalimah bahasa Melayu mempunyai banyak sinonim.

Sebelum saya mengulas dengan lebih lanjut, perlu kita memahami terlebih dahulu 1 istilah yang diguna pakai bagi mengelak ‘tersalah faham’ dan ‘sangka buruk’ antara sesama ahli forum dan pembaca blog, khusus kepada mereka yang sentiasa berhati-hati dan berwaspada terhadap konsep ajaran fahaman Wahhabi ini. Secara panduan, 2 kalimah arab yang ingin dibincangkan adalah berkaitan istilah makna ‘Ghuluw’ (غلوٌ) dan ‘Rad’(رَدّ).

Secara ringkasnya, ‘Ghuluw’ bermaksud satu pendekatan yang diambil secara berlebih-lebihan, melampaui batas dan ta’asub buta tanpa ada kajian dan pendedahan yang jelas serta kenyataan yang dapat meyakinkan individu tersebut terhadap sesuatu perkara yang dilakukan. Contoh seperti, ahli kitab yang melampaui batas di dalam urusan agama dan mengubah ayat yang terkandung di dalam kitab suci mereka. {lihat Quran ; 4 : 171}

Adapun ‘Rad’ bermaksud suatu penolakan, halangan atau pencegahan atau jawapan kepada kenyataan dan keadaan yang berlaku secara berterusan terhadap sesuatu perkara bertujuan untuk mengubah perkara tersebut kepada yang lebih baik. Dalam hal ini, kita mengambil jalan tengah untuk menggunakan kalimah ‘Rad’ dalam membincangkan isu fahaman Wahhabi ini. Ini bermaksud, di sini kita hanya membincangkan tentang penolakan, kebatilan serta ketidak penerimaan usul serta kalam yang dibangkitkan oleh pengasas serta pengikut fahaman ini. Dalam masa yang sama, kita juga mendedahkan fahaman yang sahih dan rajih (jelas) daripada pandangan jumhur ulama sebagai perbandingan terhadap fahaman Wahhabi ini. Di samping, sesekali kita tidak menuduh atau mengkafirkan sesiapa sahaja pada mereka yang tergolong, terjebak, terikut-ikut, sama ada secara sengaja atau tidak, terhadap aliran pemikiran fahaman Wahhabi ini. Sekalipun ada di kalangan mereka yang sangat berkeras tentang hakikat isu perselisihan pendapat dan pandangan dari sudut perkara cabang agama.

Oleh yang demikian, di harap kita dapat membezakan terlebih dahulu perbezaan antara kumpulan Tataistilah dan Tatanama kalimah arab ini, yang mana ia menjadi tunggak asas dalam memberi informasi dan pengetahuan yang berbentuk ilmiah di bawah tajuk perbincangan ini. Tambahan lagi, ia juga bertujuan untuk mengelak dari berlakunya sikap prejudis terhadap individu yang membawa fakta yang kukuh dan berasas sebagai 1 penilaian rapi kepada pembaca. Sebagai menghormati hak kebebasan individu lain untuk memberi tambahan info, kritikan, cadangan, pandangan, idea dan maklumat baru, di harap juga tidak ada lagi istilah ‘Ghuluw’ dalam kita berkongsi pendedahan secara ‘Evidence’ yang berkait rapat tentang soal realiti dan rasional bagi perbahasan tajuk ini, sepertimana yang telah dijelaskan di atas, di samping bukti dan keterangan turut disertakan.

2 ulasan:

KHAIRURRIJAL BIN ZALI said...

syeikh baru ni pensyarah ana bagitau yang mazhab wahabi ni sama sahaja dengan mazhab yang 4...sah kita bersolat berimamkan mereka yang bermazhab wahabi..betul ke?

ابن حسن الأزهري said...

Ya, sah solat dibelakang mereka yg tidak sesat. Kiranya ada yg sesat spt yg dimaklum, maka xsah. Wallahu A'lam.