Friday, July 24, 2009

Ulasan kitab : فتنة الوهابية من الفتوحات الإسلامية



Gambar 1: Muka depan kitab

1. Sinopsis:

"Al-Wahhabiah adalah merupakan satu kumpulan yang disandarkan kepada Muhammad bin Abdul Wahab. Bermulanya kemunculan beliau pada tahun 1143 Hijrah. Dilahirkan pada tahun 1111 Hijrah dan wafat pada tahun 1207 Hijrah. Kemunculan kumpulan ini bermula di Najd, salah sebuah negeri di Arab Saudi. Kemunculan kumpulan ini juga telah dibantu dan disokong oleh pemerintah negeri Dir'iyah (asal usul negeri Musailamah al-Kazzab), iaitu Muhammad bin Saud. Kesangsian tercetus apabila pembawakan asas akidah oleh pelopor kepada kumpulan ini menyuarakan tentang tauhid dan meninggalkan Syirik kepada Allah swt. Pada dasarnya, kedua-dua seruan ini memang sesuai dengan kehendak akidah Islam. Tetapi, dengan dakwaan yang dilontarkan oleh beliau, kesannya membawa kepada perpecahan umat. Lebih-lebih lagi pengasas kepada kumpulan ini yang telah mengKAFIRkan umat Islam yang hidup 600 tahun sebelumnya serta umat Islam yang tidak bersama menyertai dan mengikuti tunggak perjuangan mereka. Untuk penjelasan lebih lanjut, sebuah kitab telah dikarang untuk menolak pandangan batil ini."

2. Pengenalan kitab dan penulis:

i. Tajuk kitab : "فتنة الوهابية من الفتوحات الإسلامية" (Fitnah al-Wahhabiah terhadap penaklukan Islam).

ii. Penulis : Syeikh al-Islam Sayyid Ahmad Zaini Dahlan al-Hasani Radhiyallahu 'Anhu, mufti Haramain dan Pembela Ahlus Sunnah Wal Jama`ah. Berasal dari keluarga yang mulia, ahlul bait Rasulullah صلى الله عليه وسلم melalui susur-galur Sayyiduna Hasan, cucu kesayangan Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

Menurut riwayat, Sayyid Ahmad Zaini Dahlan lahir di Makkah pada tahun 1232H/1816M.

** Penjelasan kitab oleh: Syeikh Muhammad Abdul Fattah Umar, syeikh Masjid imam Syafie.

iii. Karangan :



Gambar 2: Antara kitab karangan beliau

Sayyid Ahmad Zaini Dahlan adalah seorang ulama yang produktif. Selain melahirkan para ulama yang hebat, beliau juga menghasilkan karangan yang begitu banyak, antaranya adalah:-

1. al-Futuhatul Islamiyyah;
2. Tarikh Duwalul Islamiyyah;
3. Khulasatul Kalam fi Umuri Baladil Haram;
4. al-Fathul Mubin fi Fadhoil Khulafa ar-Rasyidin;
5. ad-Durarus Saniyyah fi raddi 'alal Wahhabiyyah;
6. Asnal Matholib fi Najati Abi Tholib;
7. Tanbihul Ghafilin Mukhtasar Minhajul 'Abidin;
8. Hasyiah Matan Samarqandi;
9. Risalah al-Isti`araat;
10. Risalah I'raab Ja-a Zaidun;
11. Risalah al-Bayyinaat;
12. Risalah fi Fadhoilis Sholah;
13. Shirathun Nabawiyyah;
14. Mukhtasor Jiddan, Syarah Ajrumiyyah;
15. Fathul Jawad al-Mannan;
16. al-Fawaiduz Zainiyyah Syarah Alfiyyah as-Sayuthi;
17. Manhalul 'Athsyaan;
18. Kitab syarah Ajrumiyah dan banyak lagi.



Gambar 3: Kitab Syarah Al-Ajrumiyah (kitab Nahu)


iv. Wafat:

Setelah menaburkan jasanya di Makkah, Saiyyid Ahmad bin Zaini Dahlan al-Hasani berangkat ke kota Madinah, kerana suasana di kota Makkah kurang aman dan beliau wafat di kota Madinah pada tahun 1304H/1886M dan dimakamkan di sana. Semoga Allah sentiasa mengasihi dan merahmati Sayyid Ahmad Zaini Dahlan al-Hasani.

v. Murid-muridnya:

Diantara ulama-ulama Nusantara yang pernah berguru dengan ulama besar ini ialah:-


Gambar 4: Kiyai Nawawi Banten

* Kiyai Nawawi Banten.
* Kiyai Muhammad bin Abdullah as-Shuhaimi.
* Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathoni (menurut satu riwayat).
* Kiyai Muhammad Saleh Darat.
* Syeikh Ahmad Khatib bin Abdul Latif bin Abdullah al-Minankabawi.
* Sayyid Utsman Betawi.
* Tuan Hussin Kedah.
* Syeikh Ahmad Yunus Lingga.
* Sayyid Abdullah az-Zawawi, Mufti Syafiiyyah, Mekah.
* Datuk Hj Ahmad Ulama Brunei.
* Tok Wan Din, nama yang sebenar ialah Syeikh Wan Muhammad Zainal Abidin al-Fathoni.
* Syeikh Abdul Qadir al-Fathoni (Tok Bendang Daya II).
* Syeikh Abdul Hamid Kudus.
* Kiyai Muhammad Khalil al-Maduri.
* Haji Utsman bin Abdullah al-Minankabawi, Imam, Khatib dan Kadi Kuala Lumpur yang pertama.
* Syeikh Arsyad Thawil al-Bantani.
* Syeikh Muhammad al-Fathoni bin Syeikh 'Abdul Qadir bin 'Abdur Rahman bin 'Utsman al-Fathoni.
* Tuan Kisa-i’ Minankabawi [atau namanya Syeikh Muhammad Amrullah Tuanku Abdullah Saleh. Beliau inilah yang melahirkan dua orang tokoh besar di dunia Melayu. Yang seorang ialah anak beliau sendiri, Dr. Syeikh Haji Abdul Karim Amrullah. Dan yang seorang lagi ialah cucu beliau, Syeikh Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA).
* Saiyid Abdur Rahman al-Aidrus (Tok Ku Paloh).


* Syeikh Utsman Sarawak.
* Syeikh Abdul Wahab Rokan dan ramai lagi.








Gambar 5: Syeikh Utsman Sarawak


vi. Isi kandungan kitab:

1. Fitnah al-Wahhabi.
2. Penjelasan al-Wahhabi dan aqidahnya.
3. Sebab-sebab kebangkitan kempen masyarakat Mesir.

i. Kempen Tusun Basha
ii. Kempen Muhammad Ali Basha
iii. Kempen Ibrahim Basha

4. Al-Wahhabiah dan Tajsim.
5. Al-Wahhabiah dan keingkaran mereka terhadap kenabian nabi Adam.
6. Al-Wahhabiah dan keingkaran mereka terhadap kenabian nabi Isa.
7. Al-Wahhabiah dan sifat kepada Nabi Muhammad saw yang tidak layak untuk baginda.
8. Al-Wahhabiah dan ingkar Syafaat.



Gambar 6: Antara isi kandungan kitab

9. Al-Wahhabiah dan menanggalkan serban (membiarkan kepala botak).
10. Keraguan ibnu Wahab pada solat.
11. Keingkaran Al-Wahhabiah untuk menziarah kubur dan doa untuk ahlinya.
12. Al-Wahhabiah dan keingkaran membaca al-Quran ke atas mayat.
13. Al-Wahhabiah dan keingkaran terhadap bacaan sebahagian surah dan ayat al-Quran secara khusus.

vii. Rujukan:

1. Kitab rujukan beliau sebanyak 85 buah kitab.

viii. Halaman:

44 muka surat.

ix. Penutup:

Semoga dengan sedikit huraian dari kitab ini, pembaca dapat manfaat darinya serta bacalah dengan mata hati demi membawa ketelusan dalam menyebarkan ilmu Allah swt.




gambar 7 : Syeikh al-Islam Sayyid Ahmad Zaini Dahlan al-Hasani

0 ulasan: